Connect with us

Terkini

Lapan menteri kabinet PH tuntut PM tukar KSU, antara punca pakatan itu gagal bertahan – Azmin Ali

Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini didakwa tidak dapat bertahan berikutan gagal memenuhi aspirasi rakyat, malah mereka bertembung dengan rakyat sewaktu diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Lapan menteri kabinet PH tuntut PM tukar KSU, antara punca pakatan itu gagal bertahan - Azmin Ali
Foto: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
  • Kerajaan PH didakwa tidak dapat bertahan berikutan gagal penuhi aspirasi rakyat, bertembung dengan rakyat sewaktu diberikan mandat dalam PRU14. – Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
  • Kenyataan keras dan bersifat keterlaluan menyebabkan rakyat merasakan tidak lagi harmoni di bawah pimpinan PH.
  • Beliau dakwa berlaku desakan daripada lapan menteri kabinet PH yang menuntut Perdana Menteri ketika itu tukar lapan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).
  • Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir berikutan perkara tersebut tidak pernah berlaku.
  • Banyak peruntukkan pembangunan dipadamkan dan dihapuskan menyebabkan sesuatu kaum dalam negara ini merasa tertekan.

KUALA LUMPUR – Kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini didakwa tidak dapat bertahan berikutan gagal memenuhi aspirasi rakyat, malah mereka bertembung dengan rakyat sewaktu diberikan mandat dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Penyandang kerusi Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata demikian menerusi satu petikan video berdurasi satu minit 40 minit yang dimuat naik akaun Twitternya.

Tambahnya, kenyataan-kenyataan yang keras dan bersifat keterlaluan turut menyebabkan rakyat merasakan tidak lagi harmoni berada di bawah pimpinan kerajaan Pakatan Harapan.

Beliau juga mendakwa bahawa berlaku desakan daripada lapan menteri kabinet Pakatan Harapan yang menuntut Perdana Menteri ketika itu untuk menukar lapan Ketua Setiausaha Kementerian (KSU).

Bagaimanapun, ia tidak dipersetujui oleh Tun Dr Mahathir berikutan perkara tersebut tidak pernah berlaku.

“Mengapa sebuah kerajaan yang baru diberikan mandat oleh rakyat ingin bergaduh dengan anggota perkhidmatan awam? Sedangkan anggota perkhidmatan awam tidak terlibat dalam parti-parti politik mereka berada di kementerian masing-masing untuk melaksanakan dasar-dasar yang diutuskan oleh kerajaan.

Ini sebagai contoh. Banyak juga peruntukkan pembangunan yang dipadamkan dan dihapuskan menyebabkan sesuatu kaum dalam negara ini merasa tertekan,” kata beliau pada Rabu.

Begitu juga keterangan kenyataan-kenyataan yang keras dan bersifat keterlaluan menyebabkan rakyat merasakan mereka tidak lagi harmoni duduk di bawa Pakatan Harapan.

Sumber : Twitter @AzminAli

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *