Antarabangsa
Eropah tidak cuba perangi Islamofobia, sebaliknya normalisasikan dalam masyarakat
Islamofobia kekal menjadi ancaman berterusan di Eropah dengan beberapa negara menggubal dasar-dasar yang menyumbang ke arah menginstitusikan isu itu yang sepatutnya ditangani dengan segera, demikian menurut sebuah laporan.

- Laporan Islamofobia Eropah 2021, memberi amaran Islamofobia adalah “masalah yang mendesak” di seluruh benua seperti tahun-tahun sebelum ini.
- United Kingdom dan Perancis menjadi ‘tempat utama kebencian anti-Muslim dan insiden Islamofobia’.
- Ini ekoran tindakan beberapa negara menggubal dasar yang menyumbang kepada penginstitusian isu yang sepatutnya dihapuskan dengan segera.
- Laporan itu juga memberi amaran bahawa negara-negara utama dalam Eropah seperti Perancis yang masih kurang dalam usahanya mengurangkan Islamofobia, sebaliknya bertindak menormalisasikan isu itu di negara terbabit.
- “Islamofobia yang menjadi normalisasi dan diinstitusikan oleh demokrasi liberal seperti di Austria, Denmark dan Perancis adalah membimbangkan,” kata laporan itu.
Islamofobia kekal menjadi ancaman berterusan di Eropah dengan beberapa negara menggubal dasar-dasar yang menyumbang ke arah menginstitusikan isu itu yang sepatutnya ditangani dengan segera, demikian menurut sebuah laporan.
Menurut Laporan Islamofobia Eropah 2021, Islamofobia menjadi “masalah yang mendesak” di seluruh benua itu seperti tahun-tahun sebelum ini.
Malah negara-negara seperti United Kingdom (UK) dan Perancis menjadi ‘tempat utama kebencian anti-Muslim dan insiden Islamofobia’.
“Tambahan pula, kempen anti-Muslim parti sayap kanan di negara anggota EU mendominasi diskriminasi terhadap individu dan masyarakat Islam,” kata laporan itu yang memfokuskan kepada 27 negara Eropah, di mana penyediaan laporan itu membabitkan 35 ahli akademik dan pakar dalam isu Islamofobia.
Laporan itu mengaitkan kegigihan perkauman anti-Muslim dengan “latar belakang trend umum yang membimbangkan: kemerosotan demokrasi liberal di Eropah”.
Ia memberi amaran bahawa negara-negara utama dalam Eropah seperti Perancis yang masih kurang dalam usahanya mengurangkan Islamofobia, sebaliknya bertindak menormalisasikan isu itu di negara terbabit.
“Islamofobia yang menjadi normalisasi dan diinstitusikan oleh demokrasi liberal seperti di Austria, Denmark dan Perancis adalah membimbangkan,” kata laporan itu dipetik Middle East Monitor.
Selain daripada insiden Islamofobia di seluruh Eropah, laporan itu turut memperincikan diskriminasi sistematik yang dihadapi umat Islam dalam semua aspek kehidupan daripada pekerjaan kepada penjagaan kesihatan, pendidikan dan sistem keadilan.
Sumber : Middle East Monitor
