Connect with us

Komuniti

Calon PRU15 jangan janji bulan, matahari kepada rakyat – Khutbah Jumaat

Khutbah Jumaat di seluruh masjid negeri ini mengingatkan calon, penyokong dan petugas parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tidak memperdaya dan menipu rakyat dengan menjanjikan bulan dan matahari yang gagal ditepati. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Calon PRU15 jangan janji bulan, matahari kepada rakyat - Khutbah Jumaat
Foto: Sumber Harian Metro.
  • Khutbah Jumaat di seluruh masjid negeri ini mengingatkan calon, penyokong dan petugas parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tidak memperdaya dan menipu rakyat dengan menjanjikan bulan dan matahari yang gagal ditepati. 
  • Bertajuk Pilihan Raya: Tanggungjawab Ummah Kepada Negara juga meminta mereka sentiasa mematuhi atau menghormati dengan tidak mensensasikan isu agama dan kaum untuk meraih laba politik hingga menyemaikan rasa kebencian.
  • Khutbah Jumaat itu juga meminta pengundi memenuhi tanggungjawab untuk mengundi yang menjadi satu tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan yang sangat dituntut.

IPOH: Khutbah Jumaat di seluruh masjid negeri ini mengingatkan calon, penyokong dan petugas parti yang bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) tidak memperdaya dan menipu rakyat dengan menjanjikan bulan dan matahari yang gagal ditepati. 

Khutbah menerusi tajuk Pilihan Raya: Tanggungjawab Ummah Kepada Negara juga meminta mereka sentiasa mematuhi atau menghormati dengan tidak mensensasikan isu agama dan kaum untuk meraih laba politik hingga menyemaikan rasa kebencian dan akhirnya menyalakan api permusuhan dalam kalangan rakyat Malaysia yang berbilang agama dan kaum. 

“Dalam tempoh berkempen nanti, mimbar juga berpesan supaya tidak mengamalkan budaya menyogok rasuah untuk mendapat sokongan pengundi. 

“Malah, tidak menggunakan masjid, surau dan institusi agama Islam sebagai tempat berkempen.

“Mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa dan petugas antaranya Suruhanjaya Pilihan Raya, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Agama Islam, Pegawai Daerah, Pihak Berkuasa Tempatan, Pegawai Masjid dan Surau serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA),” kata khutbah itu dipetik Berita Harian.

Khutbah Jumaat itu juga meminta pengundi memenuhi tanggungjawab untuk mengundi yang menjadi satu tanggungjawab fardu kifayah dan tanggungjawab kenegaraan yang sangat dituntut. 

“Majikan turut mempunyai tanggungjawab kenegaraan, memberikan masa yang cukup membolehkan pekerja mereka berpeluang untuk keluar mengundi,” katanya. 

Khutbah turut menegaskan, anak muda yang pertama kali mempunyai kuasa mengundi sewajarnya diberikan panduan, bimbingan dan kesedaran menyempurnakan tanggungjawab mengundi,” katanya. 

Selain itu, budaya politik yang sihat sangat penting untuk menjamin pilihan raya dapat berlangsung dalam suasana aman, tenteram, terkawal dan selamat. 

“Meskipun al-Quran dan hadis tidak memperincikan kaedah atau cara memilih pemimpin, akan tetapi al-Quran dan hadis serta sarjana Islam memberikan gambaran mengenai siapakah orang yang seharusnya dipilih dan seterusnya ditaati,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author