Connect with us

Terkini

Amang seksual Safiey Ilias terhadap remaja lelaki jenayah serius – peguam

Bermula 24 hingga 27 Julai 2023, perbicaraan terhadap kes amang seksual, Mohd Saifuddin Ilias atau Safiey Ilias akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ampang seperti yang ditetapkan.

Wartawan TMT

Published

on

Amang seksual Safiey Ilias terhadap remaja lelaki jenayah serius - peguam
  • Bermula 24 hingga 27 Julai 2023, perbicaraan terhadap kes amang seksual, Mohd Saifuddin Ilias atau Safiey Ilias akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ampang seperti yang ditetapkan.
  • Safiey didakwa atas dua pertuduhan menggoyang-goyangkan payudaranya di hadapan seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.
  • Peguam serta Exco Belia dan Media WAFIQ, Nur Farihah Meor Mazli, berkata, WAFIQ berperanan untuk menyebar luas fahaman bahawa perbuatan yang dilakukan transgender itu adalah jenayah serius yang melibatkan kanak-kanak.
  • “Kita khuatir sekiranya pempengaruh apatah lagi seorang transgender mengeluarkan kenyataan berbentuk lucah dan seksual di media sosial.

AMPANG – Bermula 24 hingga 27 Julai 2023, perbicaraan terhadap kes amang seksual, Mohd Saifuddin Ilias atau Safiey Ilias akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen Ampang seperti yang ditetapkan.

Safiey didakwa atas dua pertuduhan menggoyang-goyangkan payudaranya di hadapan seorang remaja lelaki melalui aplikasi Instagram.

Bagaimanapun, tertuduh mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan itu terhadap mangsa di kediaman Bandar Baru Bangi, Selangor pada 9 Jun 2021.

Dia didakwa mengikut Seksyen 11(1)(a) Akta kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun dan Seksyen 15 (a)(i) yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda RM20,000 atau kedua-dua jika disabit kesalahan. 

Menurut Peguam serta Exco Belia dan Media WAFIQ, Nur Farihah Meor Mazli, WAFIQ berperanan untuk menyebar luas fahaman bahawa perbuatan yang dilakukan transgender itu adalah jenayah serius yang melibatkan kanak-kanak. 

“Sekiranya perkara ini berlarutan, kita tidak mampu untuk menyekat kes jenayah seksual yang semakin membimbangkan – yang mempunyai elemen ideologi LGBT.

 “Kita khuatir sekiranya pempengaruh apatah lagi seorang transgender mengeluarkan kenyataan berbentuk lucah dan seksual di media sosial. 

“Perkara ini sepatutnya perlu segera dibanteras kerana tidak mahu songsang LGBT terus menular,” katanya kepada Ismaweb.net.

Sumber: ismaweb

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Pintas serangan Iran, hubungan Jordan-Israel masih kukuh?

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Raja Jordan, king Abdullah II ibn Al-Hussein (kanan).
  • Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.
  • Felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata,campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan.Sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel. – Ghaith al-Omari
  • Pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Israel menyifatkan pintasan dron Iran yang dilancarkan tentera udara Jordan pada malam Sabtu membuktikan hubungan dua negara masih kukuh.

Menurut portal berita online zionis, Times Of Israel, walaupun bantuan ketenteraan yang diberikan Amman kepada Israel mengejutkan ramai penduduknya namun ia tetap disambut penuh semangat di negara jajahan Yahudi tersebut.

Bagi sesetengah pengulas, campur tangan Amman pada malam Sabtu tidak mengejutkan. Ghaith al-Omari, warga asal Jordan yang juga seorang felo kanan senior di The Washington Institute for Near East Policy berkata, sokongan dramatik kerajaan itu membuktikan kekuatan pakatan keselamatan antara Amman dan Israel.

“Walaupun terdapat ketegangan politik antara Jordan dan Israel, hubungan ketenteraan dan perisikan tidak pernah berhenti,” katanya. 

“Sebenarnya, semakin politik memburuk, semakin rapatlah tentera, kerana mereka berdua memahami keperluan untuk mengekalkan hubungan ini. Ini sebahagian daripada doktrin ketenteraan Jordan dan doktrin ketenteraan Israel,” kata al-Omari dipetik TOI.

Seorang pegawai kanan bersara dan pakar tentera, Mahmoud Ridasat yang berpangkalan di ibu negara Amman bagaimanapun berkata, laporan berita ini tidak lebih daripada propaganda Israel.

Jelasnya, apa yang berlaku pada malam Sabtu lalu, tidak boleh dikira sebagai mempertahankan Israel, sebaliknya mempertahankan kedaulatan Jordan dan ruang udara negara tersebut.

Pada 1994, Jordan menjadi negara Arab kedua yang menjalin hubungan diplomatik dengan Israel (selepas Mesir pada 1979). Jordan melihat dirinya sebagai penjaga tapak suci umat Islam di Kota Lama Baitulmaqdis termasuk perkarangan Al-Aqsa dan kedua-dua negara itu juga mempunyai kerjasama keselamatan dan perisikan yang kukuh. 

Hubungan itu bagaimanapun mulai tegang sejak tercetusnya Taufan Al-Aqsa pada 7 Oktober tahun lalu.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending