Connect with us

Terkini

Wujudkan segera akta kawalan vape!

Rata-rata pakar perubatan mengesyorkan penggunaan vape perlu disekat segera serta undang-undang bagi mengawal ataupun regulasi vape diwujudkan, ia berikutan, pihak terbabit telah melihat sendiri kesan keburukan vape dan kes kerosakkan paru-paru akibat vape (EVALI).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Wujudkan segera akta kawalan vape!
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Ini berikutan, pakar perubatan melihat sendiri kesan keburukan vape dan kes kerosakkan paru-paru akibat vape (EVALI).
  • KKM dapati pengguna vape di Malaysia dalam tempoh 5 tahun lalu meningkat sekali ganda dari jumlah 600 ribu pengguna kepada 1.2 juta pengguna. 
  • Lebih merisaukan pengguna vape dalam kalangan kanak-kanak dan remaja semakin meningkat kesan ekoran tiada kawalan penjualan dan penggunaannya dalam kalangan mereka.
  • Cabaran baharu bagi penguatkuasaan adalah jika cecair vape dicampur bahan-bahan terlarang seperti ganja hingga menyebabkan ketagihan.
  • Akta Kawalan Tembakau yang sedia ada hanya melibatkan penguatkuasaan farmasi apabila vape dicampur dengan nikotin dan Akta Makanan 1984 dan ia terhad kepada pihak yang diberi kuasa KKM sahaja.

KUALA LUMPUR – Rata-rata pakar perubatan mengesyorkan penggunaan vape perlu disekat segera serta undang-undang bagi mengawal ataupun regulasi vape diwujudkan, ia berikutan, pihak terbabit telah melihat sendiri kesan keburukan vape dan kes kerosakkan paru-paru akibat vape (EVALI).

Pakar Perubatan Keluarga, Dr Suhazeli Abdullah berkata Kementerian Kesihatan mendapati pengguna vape di Malaysia dalam tempoh 5 tahun lalu meningkat sekali ganda dari jumlah 600 ribu pengguna kepada 1.2 juta pengguna. 

“Lebih merisaukan, apabila  pengguna vape dalam kalangan kanak-kanak dan remaja juga semakin meningkat kesan dari tidak ada satu kawalan untuk penjualan dan penggunaan dalam kalangan mereka.

“Kajian mendapati bahawa jumlah pengguna vape di kalangan remaja pada tahun 2016 adalah seramai 141 ribu orang dan meningkat mendadak pada tahun 2017 seramai 211 ribu orang. 

“Kanak-kanak dan remaja perempuan juga terlibat dalam menghisap vape sedangkan mereka sepatutnya dilarang secara total daripada mengambil bahan-bahan yang boleh mendatangkan bahaya. Tetapi kenapa ini boleh berlaku?” soalnya pada Khamis menerusi hantaran di Facebook.

Menurut beliau, berikutan tiada kawalan tegas dari ibu bapa atau pihak penguasa menyebabkan pihak yang diberi tanggungjawab tidak mempunyai punca kuasa bagi menggunakan apa-apa tindakan terhadap si penjual vape mahu pun pengguna vape. 

“Pihak berkuasa tempatan pun tidak dapat menggunakan apa-apa akta yang sepatutnya di bawah kawalan tembakau bagi menyekat premis menjual vape.

Akta Kawalan Tembakau yang sedia ada itu hanya melibatkan penguatkuasaan farmasi apabila vape itu dicampur dengan nikotin dan Akta Makanan 1984. Itu pun terhad kepada pihak yang diberi kuasa KKM sahaja,” jelas Dr Suhazeli.

Tambahnya, cabaran baharu bagi penguatkuasaan adalah jika cecair vape dicampur bahan-bahan terlarang seperti ganja. Perkara ini akan menimbulkan satu kecelaruan baharu di dalam masyarakat kerana akan berlaku ketagihan untuk mengambil bahan-bahan terlarang.

Justeru, beliau menegaskan undang-undang bagi mengawal ataupun regulasi vape perlu diwujudkan kerana ia diharap dapat membantu masyarakat menghentikan penggunaan vape sebagai amalan kehidupan mereka.

Disamping itu, beliau juga mengatakan bahawa jika  terdapat Akta yang menyekat generasi lahir selepas daripada tahun 2007, ia dapat membantu mengurangkan lagi pengguna vape dan asap rokok dalam negara. 

“Kita sasarkan pada tahun 2040 nanti jumlah menghisap rokok ataupun hasilan tembakau termasuk vape adalah kurang dari 5 peratus,” ujarnya.

Sumber: Facebook Dr Suhazeli Abdullah

Author