Connect with us

Terkini

Sindiket pekerjaan, rakyat Malaysia dipukul dan direnjat elektrik di Laos

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim merayu kedutaan untuk membantu menyelamatkan tahanan sindiket penipuan pekerjaan di Laos.

Wartawan TMT

Published

on

Sindiket pekerjaan, rakyat Malaysia dipukul dan direnjat elektrik di Laos
Foto: Datuk Hishamuddin Hashim.
  • Salah seorang mangsa dakwa terdapat hampir 1,000 warga Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan masih ditahan di Laos dan berhadapan seksaan.
  • “Saya tak tahan sedih. Dia bagitahu saya dia dah kena jual kat KK Myanmar.  Lagi tiga hari akan dipindahkan. Tolonglah kedutaan.  Saya tahu disebalik kekangan kewangan untuk uruskan bantuan. Tolonglah cuba bantu dia. “ – Datuk Hishamuddin Hashim .
  • “Kalau saya tak ikut (buat kerja scammer) dia pukul. Saya hari-hari kena pukul menggunakan renjatan elektrik. Dia gari saya, pukul dan tidak beri makan selama dua minggu.” – mangsa.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Masyarakat Antarabangsa Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim merayu kedutaan untuk membantu menyelamatkan tahanan sindiket penipuan pekerjaan di Laos.

Rayuan itu dibuat susulan, salah seorang mangsa mendakwa terdapat hampir 1,000 warga Malaysia mangsa sindiket penipuan pekerjaan masih ditahan di Laos dan berhadapan dengan seksaan.

Menerusi hantaran di Facebook Malaysia International Humanitarian Organisation – MHO, satu video berdurasi enam minit 32 saat telah dikongsikan pada hari ini, di mana ia memaparkan perbualan di antara Datuk Hishamuddin bersama salah seorang mangsa.

Menurut Datuk Hishamuddin, mangsa tersebut akan dipindahkan ke tempat lain dalam tempoh tiga hari lagi jika dia tidak diselamatkan segera memandangkan mangsa telah dijual kepada KK Myanmar.

“Saya tak tahan sedih. Dia bagitahu saya dia dah kena jual kat KK Myanmar.  Lagi tiga hari akan dipindahkan. Tolonglah kedutaan.  Saya tahu disebalik kekangan kewangan untuk uruskan bantuan. Tolonglah cuba bantu dia. 

“Saya hargai usaha En Zaharizal(difahamkan beliau merupakan Setiausaha Ketiga, kedutaan Malaysia di Vientiane) yang banyak bantu di kedutaan.  Saya bimbang.  Saya rasa anak ini seperti seorang yang naif dan selalu dipukul,” katanya.

Dalam pada itu, antara petikan daripada rakaman audio tersebut adalah mangsa  yang tidak didedahkan identiti itu turut mendakwa bahawa sudah hampir setahun dia ditahan di Laos dan telah dijual sebanyak empat kali sekalipun ibunya pernah membayar hampir RM100,000 kepada sindiket.

Ini berikutan, sindiket tersebut menuntut bayaran lebih daripada RM200,000 jika ingin mangsa dilepaskan.

Kata mangsa, “Kalau saya tak ikut (buat kerja scammer) dia pukul. Saya hari-hari kena pukul menggunakan renjatan elektrik. Dia gari saya, pukul dan tidak beri makan selama dua minggu.

Lepas itu dia jual saya dekat syarikat lain malah harga pun dinaikkan. Saya sudah dijual sebanyak empat kali.”

Dia pakai telefon saya untuk menghubungi ibu saya, ugut supaya memasukkan duit. Mak saya sudah masukkan wang sebanyak RM100,000.” 

Dalam rakaman tersebut, mangsa berkata selepas duit dimasukkan mangsa tetap tidak dilepaskan malah dijual kepada syarikat lain sementara wajah sindiket tersebut juga tidak didedahkan kepada mangsa.

Pada masa sama, ketika diajukan pertanyaan berapakah jumlah warga Malaysia yang masih ditahan di Laos mangsa menegaskan bahawa hampir 1,000 individu daripada pelbagai bangsa sama ada Melayu, Cina mahupun India yang berumur 20-an masih lagi ditahan.

Jelasnya, ibu dia telah membuat laporan kepada Polis Bukit Aman dan pihak kedutaan Laos sendiri turut memaklumkan bahawa namanya sudah termasuk dalam senarai bagaimanapun dia masih lagi belum dapat dibawa pulang sedangkan rakan-rakannya yang lain sudah kembali ke Malaysia.

Dalam pada itu, ketika Datuk Hishamuddin menghubungi ibu mangsa, beliau mengingatkan agar ibu mangsa tidak membuat sebarang bayaran kepada pihak sindiket dan perlu menunggu maklum balas daripada pihak mereka memandangkan beliau telah menekan kerajaan Laos untuk membantu melepaskan anak mangsa.

Sumber : Facebook Malaysia International Humanitarian Organisation – MHO

Author

Terkini

ADUN DAP bidas gesaan PERKASA supaya boikot PETRONAS

Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Hidayah Sani

Published

on

Foto: Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali (kiri) & Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP, Jason Ng Thien Yeong (kanan).
  • Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot berikutan melantik syarikat bukan bumiputera,  Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.
  • Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.
  • “Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.
  • “Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 
  • “Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
  • Sebuah portal media sebelum ini, melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.
  • Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

KUALA LUMPUR — Gesaan PERKASA supaya PETRONAS diboikot susulan langkah gergasi minyak dan gas itu melantik syarikat bukan bumiputera, Solarvest Energy Sdn Bhd untuk kontrak pemasangan panel solar dikritik Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Astaka dari DAP.

Jason Ng Thien Yeong berkata ugutan bahawa PETRONAS perlu memberi 50 peratus daripada projek pemasangan sistem tenaga solar kepada syarikat Melayu dan bumiputera atau berdepan boikot selama seminggu itu adalah berasaskan sentimen kaum, bukan berasaskan kemampuan sesebuah syarikat.

“Jika cadangan keterlaluan dan regresif PERKASA itu diterima, maka syarikat dan pelabur asing akan hilang keyakinan terhadap pasaran Malaysia.

“Ugutan Perkasa untuk memboikot Petronas selama seminggu adalah cubaan untuk mencari populariti dan mengaut ‘political mileage’ mengikut trend “boikot” yang semakin serius di negara kita. 

“Mujurlah cadangan ini telah ditolak oleh Petronas dan kebanyakan rakyat Malaysia yang lain,” katanya  menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.

Ng Thien Yeong berkata beliau menghargai tindakan PETRONAS yang mengeluarkan kenyataan tegas dengan menyatakan pemberian kontrak itu berdasarkan merit dan tidak akur dengan ugutan PERKASA.

Beliau mendakwa majoriti rakyat Malaysia turut menolak cadangan itu yang sekali gus membuktikan amalan perkauman ekstrim masih ditolak di negara ini.

“Saya menggesa kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menghasut hubungan kaum bagi mengelakkan masyarakat majmuk Malaysia yang asalnya harmoni dan aman dimusnahkan oleh golongan ekstrem ini,” katanya.

Sebelum ini, sebuah portal media melaporkan Presiden PERKASA, Syed Hassan Syed Ali kesal dengan keputusan PETRONAS yang didakwa tidak mengutamakan kontraktor bumiputera dalam pemberian kontrak pemasangan panel solar di 300 stesen minyaknya.

Menurut Syed Hassan, orang Melayu dikatakan majoriti pengisi minyak PETRONAS sehubungan itu beliau menggesa kumpulan itu supaya mengkaji semula kontrak berkenaan.

Katanya, demi mengenang nasib kontraktor bumiputera beliau berharap pengguna minyak PETRONAS berkorban selama seminggu untuk ‘menjauhi’ stesen minyak berkenaan dan berharap PETRONAS dapat mengubah kontrak dinyatakan sebelum ini.

Mengulas lanjut, Ng Thien Yeong berkata Solarvest yang diberi kontrak pemasangan sistem solar PETRONAS itu adalah syarikat awam tersenarai mempunyai kepakaran dalam pembangunan tenaga baharu. 

“Kepakaran mereka bukan sahaja membolehkan mereka mendapat kontrak daripada Petronas, tetapi juga mempunyai projek-projek penjanaan tenaga solar yang lain termasuk dengan Tenaga Nasional Berhad,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending