Connect with us

Terkini

Ramai tidak layak ke 20 universiti awam bukti lambakan pelajar cemerlang

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan persaingan sengit dan tempat terhad bagi program tertentu merupakan antara faktor ramai pelajar tidak layak mendapat tempat di 20 universiti awam (UA).

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ramai tidak layak ke 20 universiti awam bukti lambakan pelajar cemerlang
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan persaingan sengit dan tempat terhad bagi program tertentu antara faktor ramai pelajar tidak layak mendapat tempat di 20 universiti awam (UA).
  • Penempatan yang disediakan bagi program perubatan adalah 680 dan 1,931 permohonan pilihan pertama diterima Unit Pengambilan Universiti (UPU).
  • Jumlah yang melepasi syarat am itu, hanya 71,615 calon mendapat penempatan di 20 UA.
  • “Tempat di UA adalah terhad manakala persaingan untuk mendapatkan tempat adalah terlalu tinggi. 
  • “Ia sesuatu yang baik kerana menunjukkan bakat yang memohon untuk memasuki UA adalah yang terbaik seterusnya membolehkan graduan yang dihasilkan yang terbaik,” – Ketua Pengarah Pengajian Tinggi.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menjelaskan persaingan sengit dan tempat terhad bagi program tertentu merupakan antara faktor ramai pelajar tidak layak mendapat tempat di 20 universiti awam (UA).

Ketua Pengarah Pengajian Tinggi Datuk Profesor Dr Husaini Omar berkata, tiga program utama tersebut perubatan, perakaunan dan undang-undang.

“Penempatan yang disediakan bagi program perubatan adalah 680 dan 1,931 permohonan pilihan pertama diterima Unit Pengambilan Universiti (UPU),” katanya.

Beliau berkata jumlah yang melepasi syarat am itu, hanya 71,615 calon mendapat penempatan di 20 UA.

Katanya, ada juga pelajar yang tidak memenuhi syarat khas yang ditetapkan universiti pilihan atau kursus dipohon, gagal dalam sesi temuduga bagi kursus tertentu selain kedudukan merit rendah.

Tambahnya, selain itu ada antara pelajar tidak mengisi sepenuhnya 12 pilihan yang disediakan dalam borang Unit Pusat Universiti (UPU) menyebabkan mereka gagal mendapat tempat di universiti jika tidak terpilih mengikuti kursus utama yang dipohon.

“Tempat di UA adalah terhad manakala persaingan untuk mendapatkan tempat adalah terlalu tinggi. Ia sesuatu yang baik kerana menunjukkan bakat yang memohon untuk memasuki UA adalah yang terbaik seterusnya membolehkan graduan yang dihasilkan yang terbaik.

“Bagi program kompetitif dan menerima banyak permohonan peluang untuk mendapat tempat adalah tipis.

“Begitu juga jika merit rendah dan memohon program kompetitif, pemohon juga sukar untuk mendapatkan tempat,” katanya pada sidang media khas mengenai UPUOnline, di sini, hari ini.

Ketika ini, Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyenaraikan 10 kursus sebagai pengajian kompetitif iaitu Perubatan, Pergigian, Farmasi, Perakaunan, Undang-undang, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrikal, Kejuruteraan Elektronik, Kejuruteraan Kimia dan Kejuruteraan Awam.

Sumber: Sinar Harian

Author