Connect with us

Ekonomi

‘People don’t eat GDP’, bekas pembantu Muhyiddin Yasin selar kenyataan Setiausaha Politik kepada PM

Bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terperangkap dengan sindrom penafian, selain menyatakan rakyat “tidak makan dengan nilai keluaran dalam negeri kasar (KDNK)”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

‘People don’t eat GDP’, bekas pembantu Muhyiddin Yasin selar kenyataan Setiausaha Politik kepada PM
Foto: Marzuki Mohamad, Sumber The Star.
  • Marzuki Mohamad, merujuk kenyataan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Syed Fazmi Sayid Mohammad, yang menyatakan perdana menteri tidak gagal mengurus ekonomi merujuk kepada “angka-angka” seperti kadar pengangguran rendah dan  inflasi  “terkawal”.
  • “Kita tidak boleh terlalu taksub dengan angka-angka pertumbuhan ekonomi untuk menggambarkan kejayaan kerajaan mengurus ekonomi negara. ‘People don’t eat GDP’ (rakyat tidak makan KDNK). ‘They eat food on their table’ (Mereka makan makanan di atas meja).” – Marzuki.
  • Semalam, Syed Fazmi mempertikai kajian digunakan Marzuki merujuk Merdeka Centre yang menunjukkan markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri ialah 67%, sementara Ismail 45% kerana jumlah sampel dikatakan kecil.

PETALING JAYA: Bekas setiausaha sulit kepada Muhyiddin Yassin, Marzuki Mohamad, menasihatkan pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak terperangkap dengan sindrom penafian, selain menyatakan rakyat “tidak makan dengan nilai keluaran dalam negeri kasar (KDNK)”.

Beliau merujuk kenyataan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Syed Fazmi Sayid Mohammad, yang menyatakan perdana menteri tidak gagal mengurus ekonomi merujuk kepada “angka-angka” seperti kadar pengangguran rendah, 3.8%, manakala inflasi dikatakan “terkawal”.

Katanya, kenyataan itu digambarkan amat berbahaya sehingga membawa kejatuhan Barisan Nasional (BN), pada pilihan raya umum lalu susulan berada dalam sindrom penafian.

“Kadar inflasi Malaysia meningkat kepada 4.4% pada bulan Julai 2022, berbanding 3.4% pada bulan Jun. Inflasi makanan adalah yang paling tinggi, iaitu 6.9%.

“Kerana itulah ramai merungut harga barang makanan semakin mahal. Dengan kejatuhan nilai ringgit, harga barang makanan dijangka meningkat lebih mahal kerana Malaysia mengimport sebahagian besar bahan makanan dari luar negara,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Marzuki berkata, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz juga mengakui negara akan terkesan dengan pertumbuhan ekonomi dunia lebih perlahan pada tahun hadapan, justeru angka pertumbuhan ekonomi 8.9% pada suku kedua tahun ini mungkin tidak boleh bertahan pada tahun hadapan.

Katanya, angka pertumbuhan ekonomi tidak sekata bagi semua sektor dengan mereka yang terlibat dalam sektor yang pertumbuhannya rendah dan masih perlu ‘berjuang untuk hidup’.

Beliau mendakwa pertumbuhan ekonomi berasaskan ‘base’ rendah akibat pandemik, banyak didorong pertumbuhan dalam sektor pembuatan sebanyak dan perkhidmatan (9.2%), manakala sektor pertanian (-2.4%), pembinaan (2.4%) dan perlombongan dan kuari (-0.5%) masih rendah.

“Kita tidak boleh terlalu taksub dengan angka-angka pertumbuhan ekonomi untuk menggambarkan kejayaan kerajaan mengurus ekonomi negara. ‘People don’t eat GDP’ (rakyat tidak makan KDNK). ‘They eat food on their table’ (Mereka makan makanan di atas meja).”

Dalam pada itu, Marzuki juga menyindir Syed Fazmi kerana tidak memahami pensampelan logik Merdeka Centre menggunakan sampel 2,000 ke 3,000 orang untuk mengukur tahap kepuasan hati yang menyebelahi Muhyiddin, berbanding Ismail.

Hari ini, Syed Fazmi mempertikai kajian digunakan Marzuki merujuk Merdeka Centre yang menunjukkan markah purata Muhyiddin sepanjang berkhidmat sebagai perdana menteri ialah 67%, sementara Ismail 45% kerana jumlah sampel dikatakan kecil.

Katanya, kadar pengangguran negara juga turun kepada 3.8%, manakala inflasi dapat dikawal dengan baik sejak pintu sempadan dibuka untuk merancakkan pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19.

“Kalau nak kata gagal, kita dah dapat tunjuk dengan fakta kerajaan kita sedang dalam proses ke arah pemulihan yang betul. Bagi saya tiada isu kita gagal atau sebagainya,” katanya selepas meraikan kanak-kanak OKU dari Muar, di Menara Berkembar Petronas.

Sumber : Facebook Marzuki Mohamad

Author