Connect with us

Antarabangsa

Pemain snuker wanita di UK mahu pesaing trans diharamkan dari acara wanita

Seorang pemain snuker transgender dari Cheshire (UK), Jamie Hunter yang sebelum ini dinobatkan juara ‘ranking tournament’ kategori wanita bakal diharamkan dari menyertai acara kategori itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Pemain snuker wanita di UK mahu pesaing trans diharamkan dari acara wanita
Foto: Pemain snuker transgender dari Cheshire (UK), Jamie Hunter.
  • Pemain snuker transgender, Jamie Hunter bakal diharamkan dari menyertai acara kategori wanita sejurus dinobatkan sebagai juara ‘ranking tournament’ kategori wanita.
  • Jamie, 25, dipertikai bekas pemain nombor satu dunia, Maria Catalano yang menegaskan penyertaan Jamie itu tidak adil.
  • “Saya tidak percaya wanita boleh bersaing dengan lelaki di dalam permainan yang sama dan pada tahap yang sama. Kami diciptakan berbeza,” kata Maria.
  • Jamie bagaimanapun enggan menarik diri.

Seorang pemain snuker transgender dari Cheshire (UK), Jamie Hunter yang sebelum ini dinobatkan juara ‘ranking tournament’ kategori wanita bakal diharamkan dari menyertai acara kategori itu.

The Telegraph melaporkan Jamie yang berusia 25 tahun itu dipertikai bekas pemain nombor satu dunia, Maria Catalano yang menegaskan penyertaan Jamie dalam acara wanita adalah tidak adil.

“90 peratus pemain dalam jelajah wanita tidak setuju dengan ini” kata Maria yang juga merupakan sepupu kepada pemain snuker nombor satu dunia, Ronnie O’Sullivan.

“Saya tidak percaya wanita boleh bersaing dengan lelaki di dalam permainan yang sama dan pada tahap sama. Kami diciptakan berbeza, juga berfikir secara berbeza. Dan saya percaya 100 peratus ada kelebihan dari pihak sana (Jamie) biarpun selepas bertukar jantina,” kata Maria. 

“Ada sebab mengapa mereka memulakan ‘women’s tour’ ini. Reanne Evans, pemain wanita terbaik yang pernah saya lihat pun tidak mampu melawan lelaki,” katanya.

Maria berkata Jamie mungkin terpaksa menarik diri dengan sendirinya daripada bersaing dalam acara itu.

“Ini tidak adil, suara wanita sebenar tidak diendahkan dan dianggap iri hati. Dan ini bukan soal itu,” katanya.  

Jamie bagaimanapun enggan menarik diri dan berkata, “semakin ramai orang yang ada masalah sebaik saya menang. 

“Semasa pendaftaran, tak ada sesiapa pun yang terganggu, tetapi sekarang baru saya diminta untuk membuat perubahan,” kata pemain snuker trans itu.

Sumber: Daily Mail UK

Author