Connect with us

Terkini

Keganasan ke atas wanita, ahli politik Perancis letak jawatan

Ketua Parti Hijau Ekologi Eropah (EELV), Julien Bayou meletak jawatannya pada Isnin lalu ekoran dakwaan melakukan penderaan psikologikal ke atas bekas teman wanitanya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Keganasan ke atas wanita, ahli politik Perancis letak jawatan
Foto: Julien Bayou.
  • Ketua Parti Hijau Ekologi Eropah (EELV), Julien Bayou meletak jawatannya pada Isnin lalu ekoran dakwaan melakukan penderaan psikologikal ke atas bekas teman wanitanya.
  • Pemimpin parti sayap kiri di Perancis itu bertindak demikian ekoran tekanan daripada ahli-ahli partinya dan usaha lebih meluas untuk mengambil tindakan ke atas salah laku terhadap wanita dalam politik dan masyarakat Perancis.
  • Ahli Parlimen EELV, Sandrine Rousseau berkata, Bayou “mempunyai tingkah laku yang menyebabkan wanita mengalami gangguan mental”.
  • Dakwaan itu muncul ketika skandal berasingan yang menyelubungi rakan parti sayap kiri France Unbowed (LFI) di mana seorang ahli parlimen kanan, baru-baru ini mengaku memukul isterinya ketika putus cinta.

Ketua Parti Hijau Ekologi Eropah (EELV), Julien Bayou meletak jawatannya pada Isnin lalu ekoran dakwaan melakukan penderaan psikologikal ke atas bekas teman wanitanya.

Pemimpin parti sayap kiri di Perancis itu bertindak demikian ekoran tekanan daripada ahli-ahli partinya dan usaha lebih meluas untuk mengambil tindakan ke atas salah laku terhadap wanita dalam politik dan masyarakat Perancis.

Bagaimanapun, Bayou menafikan tuduhan itu dan berkata akan kekal sebagai ahli parlimen.

Bayou, yang juga pencinta alam sekitar, menjadi perhatian selepas Ahli Parlimen dari EELV, Sandrine Rousseau membuat kenyataan di rancangan televisyen bahawa dia bertemu bekas teman wanita Bayou dalam keadaan “sangat tertekan”.

France 24 melaporkan Rousseau mendakwa Bayou, “mempunyai tingkah laku yang menyebabkan wanita mengalami gangguan mental”.

Dakwaan itu muncul ketika skandal berasingan yang menyelubungi rakan parti sayap kiri France Unbowed (LFI) di mana seorang ahli parlimen kanan, baru-baru ini mengaku memukul isterinya ketika putus cinta.

Calon presiden berpengaruh, Jean-Luc Melenchon pada mulanya mempertahankannya dan kedua-duanya mendapat kritikan meluas dalam ‘kem kiri mereka’ kerana tidak menegakkan ikrar untuk mempertahankan hak wanita dan memerangi keganasan seksis.

Julai lalu, Damien Abad, yang dinamakan sebagai menteri dalam kabinet Macron, terpaksa berundur ekoran dakwaan rogol.

Sumber : France24

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *