Antarabangsa
Kanak-kanak boleh tukar orientasi seksual di Michigan tanpa kebenaran ibubapa?
Jabatan Pendidikan Michigan dikatakan menerima pakai program teori jantina radikal yang mempromosikan kepelbagaian jantina dan menggalakkan guru-guru memudahkan peralihan seksual kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa.

- Jabatan Pendidikan Michigan menerima pakai program teori jantina radikal yang mempromosikan kepelbagaian jantina dan menggalakkan guru-guru memudahkan peralihan seksual kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa.
- Berdasarkan video dan dokumentasi dalaman diperoleh aktivis konservatif, Christopher Ferguson Rufo berkata, program itu dimulakan sejak 2020 sebelum disusun semula bagi kakitangan sekolah awam bagi sesi persekolahan 2021–2022.
- “Program latihan itu mengikut naratif asas teori akademik komuniti pelik (queer) di mana pembentang mendakwa barat mencipta tanggapan palsu bahawa “jantina adalah binari” untuk menindas minoriti perkauman dan seksual,” katanya.
- Rufo menyifatkan tindakan terbabit sebagai radikalisasi yang bermula dari birokrasi pusat Michigan ke dalam bilik darjah di seluruh negeri itu.
MICHIGAN – Jabatan Pendidikan Michigan dikatakan menerima pakai program teori jantina radikal yang mempromosikan kepelbagaian jantina dan menggalakkan guru-guru memudahkan peralihan seksual kanak-kanak bawah umur tanpa kebenaran ibu bapa.
Berdasarkan video dan dokumentasi dalaman diperoleh aktivis konservatif, Christopher Ferguson Rufo berkata, program itu dimulakan sejak 2020 sebelum disusun semula bagi kakitangan sekolah awam bagi sesi persekolahan 2021–2022.
“Program latihan itu mengikut naratif asas teori akademik komuniti pelik (queer) di mana pembentang mendakwa barat mencipta tanggapan palsu bahawa “jantina adalah binari” untuk menindas minoriti perkauman dan seksual,” katanya.
Dalam sistem jantina binari, hanya ada lelaki dan perempuan. Manakala sistem non-binari mengiktiraf kelompok lain seperti aseksual, gay, lesbian, ‘straight’, biseksual, pelek (queer), demiseksual, demiromantik, aromantik dan skolioseksual.
Dalam mempertahankan keperluan pelajar LGBTQ, pihak jabatan pendidikan terbabit menggalakkan guru-guru menerima pakai prinsip “intersectionality” iaitu prinsip utama dalam teori kritikal kaum bagi membubarkan sistem penindasan yang direplikasikan melalui budaya dan institusi pendidikan.
Rufo menyifatkan tindakan terbabit sebagai radikalisasi yang bermula dari birokrasi pusat Michigan ke dalam bilik darjah di seluruh negeri itu.
Aktivis itu berkata pihak terbabit menyedari ibu bapa akan menolak teori mereka dalam perbincangan terbuka dan kerana itu mereka berusaha keras menyembunyikannya.
“Mereka memilih untuk mencipta saluran radikalisme jantina rahsia yang menggunakan sumber negeri untuk membawa ideologi merosakkan itu kepada kanak-kanak di sekolah awam,” katanya.
Sumber: Christopherrufo
