Antarabangsa
Diboikot pelampau Hindu, Filem ‘Laal Singh Chadda’ Aamir Khan gagal di pawagam
Filem terbaru pelakon Bollywood terkenal, Aamir Khan ‘Laal Singh Chaddha’ gagal mendapat sambutan di pawagam susulan kempen boikot anti-Muslim kumpulan berhaluan kanan di media sosial dan media arus perdana.

- Filem terbaru Aamir Khan ‘Laal Singh Chaddha’ gagal mendapat sambutan ‘box office’ susulan boikot anti-muslim didalangi kumpulan berhaluan kanan Hindu di India.
- Awal Ogos lalu, Aamir membuat ikrar secara terbuka mengenai cintanya terhadap negara India sebagai reaksi balas terhadap kempen maya memboikot beliau dan filem terbarunya.
- Tindakan Aamir itu susulan tanda pagar #BoycottLaalSinghChaddha tular di Twitter.
- Boikot maya itu dipercayai dilakukan individu yang ada kaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan ideologi majoritarian Hindu, menyebarkan siaran video dan mesej boikot anti Islam.
- Pihak terbabit memakai pakaian tradisi Hindu sambil berarak ke kompleks tayangan filem Aamir Khan, menjerit slogan berbaur kebencian menuntut tayangan dihentikan.
INDIA – Filem terbaru pelakon Bollywood terkenal, Aamir Khan ‘Laal Singh Chaddha’ gagal mendapat sambutan di pawagam susulan kempen boikot anti-Muslim kumpulan berhaluan kanan di media sosial dan media arus perdana.
Awal Ogos lalu, Aamir membuat ikrar secara terbuka mengenai cintanya terhadap negara India sebagai reaksi balas terhadap kempen maya memboikot beliau dan filem terbarunya.
“Saya ingin memberi jaminan kepada semua bahawa saya sangat sayangkan negara saya, jadi tolong jangan boikot filem saya,” katanya kepada sekumpulan wartawan sebelum tayangan filemnya.
Kenyataan itu dibuat Aamir susulan tanda pagar #BoycottLaalSinghChaddha tular di Twitter.
Boikot maya itu dipercayai dilakukan individu yang ada kaitan dengan Parti Bharatiya Janata (BJP) berhaluan kanan pimpinan Perdana Menteri India, Narendra Modi dan ideologi majoritarian Hindu, menyebarkan siaran video dan mesej boikot anti Islam.
Malah ada pihak mendakwa Aamir yang beragama Islam itu adalah anti-Hindu susulan watak makhluk asing dilakonkannya menerusi filem PK pada 2014, mendakwa watak itu mengeksploitasi agama.
Presiden Kebangsaan Shiv Sena Hind, Ishant Sharma dilaporkan berkata beliau setia melindungi agama Hindu dan tidak bergabung dengan mana-mana parti politik.
“Bantahan kami bukan terhadap Laal Singh Chaddha. Tetapi bantahan kami adalah terhadap Aamir Khan kerana dia menghina (agama) Dharam kami di PK,” kata Sharma kepada AlJazeera, menjelaskan beliau gembira filem terbaru Khan tidak mendapat sambutan.
Pada 11 Ogos lalu, Sharma dan beberapa lelaki lain memakai pakaian tradisi mereka sambil berarak ke kompleks tayangan filem itu dan menjerit slogan berbaur kebencian yang menuntut filem itu dihentikan tayangannya.
Jurucakap Kebangsaan BJP, RP Singh berkata bantahan dan boikot itu tidak disokong BJP.
Penggambaran filem itu siap pada 2018 dengan anggaran bajet antara USD22-USD25 juta dan dijangka membawa impak positif terhadap industri perfileman Bollywood yang turut terjejas dari segi kewangan sejak penularan wabak Covid-19.
Bagaimanapun, kutipan box office yang terjejas akibat boikot menjadikan filem itu kegagalan terbesar Aamir Khan.
Sumber: Al Jazeera & Minute Mirror
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China