Connect with us

Terkini

UM nafi dakwaan penyelia guna bahan penyelidikan calon PhD tanpa kebenaran

Universiti Malaya (UM) pada Isnin membuat satu laporan polis susulan video tular mengenai dakwaan pihaknya menggunakan penyelidikan seorang pelajar tanpa kebenaran.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

UM nafi dakwaan penyelia guna bahan penyelidikan calon PhD tanpa kebenaran
Foto: Abbod Ali Mohammed Saeed.
  • Tular sebuah video calon PhD, Abbod Ali Mohammed Saeed, membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.
  • Universiti Malaya (UM) membuat laporan polis bagi menafikan dakwaan pihaknya menggunakan penyelidikan seorang pelajar tanpa kebenaran.
  • “Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti,” – Universiti Malaya.

SHAH ALAM – Universiti Malaya (UM) pada Isnin membuat satu laporan polis susulan video tular mengenai dakwaan pihaknya menggunakan penyelidikan seorang pelajar tanpa kebenaran.

UM memaklumkan, laporan polis tersebut dibuat bagi menafikan dakwaan pelajar yang juga calon ijazah doktor falsafah (PhD) dari Yaman berumur 34 tahun itu.

“Adalah menjadi dasar universiti bahawa hasil penyelidikan dan hasil ilmiah menjadi hak milik universiti,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin.

Sebelum ini tular sebuah video calon PhD terbabit, Abbod Ali Mohammed Saeed, membuat laporan polis mendakwa dua penyelianya menggunakan bahan penyelidikannya untuk kepentingan komersial mereka sendiri.

Dalam pada itu UM memaklumkan, universiti itu sudah memberi peluang dan sumber untuk membantu Abbod Ali menyempurnakan PhD beliau termasuk lanjutan tempoh pengajian sebanyak tiga semester, selepas tamat tempoh maksimum 12 semester dengan yuran ditaja fakulti.

“Universiti juga telah mengadakan beberapa sesi kaunseling dan melantik penyelia tambahan bagi membantu calon terbabit.

“Bagaimanapun calon berkenaan didapati masih tidak berupaya untuk menamatkan pengajian dalam tempoh lanjutan yang diberi,” katanya.

Terdahulu, pada awal 2015, Abbod memberi cadangan kepada penyelia untuk menggunakan pengimbas Meshlium dalam Advance Intelligent Transportation System (AITS) dan penyelia setuju ia dijadikan topik PhD.

Menerusi laporan polis dan Akuan Sumpah (SD) dikemukakannya pada 14 Ogos lalu dia mendakwa sistem kajian dan data PhD miliknya disalah guna oleh dua penyelia program yang dipercayai menggunakannya untuk kepentingan sendiri. 

Bagaimanapun, Abbod memaklumkan setelah kajian selesai pada 2017 dia tidak dapat mengakses sistem kajianya dan sistem itu sudah menjadi hak milik syarikat penyelianya yang tiada kaitan dengan UM, lapor media variasi. 

Pada 7 April 2022, Abbod menerima surat pemberhentian pengajian PhD dari UM dan membuat laporan polis susulan tindakan universiti tempatan terbabit dan mendakwa beliau mempunyai bukti dan dokumen yang mengesahkan idea, cadangan, kertas kerja dan data kajian adalah miliknya. 

Sumber:  Sinar Harian & Media Variasi

Author