Antarabangsa
Uganda haramkan LGBT, sifatkan kemunduran buat masyarakat
Menyifatkan sebagai perbuatan yang memaparkan kemunduran dalam masyarakat, kerajaan Uganda mengharamkan kumpulan yang memperjuangkan hak komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) di negara itu.
- Pertubuhan Minoriti Seksual Uganda (Smug) diarah tutup serta-merta kerana tidak selari dengan prinsip negara Uganda yang mengharamkan kumpulan memperjuangkan hak komuniti LGBT.
- Pertubuhan itu turut didakwa gagal mendaftar nama dengan Biro Kebangsaan bagi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dengan betul sejak 2004.
- Smug mengecam perintah itu yang dilihat sebagai ‘witch hunt’ atau pemburuan kejam terhadap komuniti LGBT Uganda.
- Pengarah Smug Frank Mugisha, aktivis gay Uganda menuduh pihak berkuasa menganggap komuniti LGBT Uganda sebagai warga kelas kedua dan cuba menafikan kewujudan mereka sepenuhnya.
- Hubungan sejenis adalah haram di Uganda, dimana mereka boleh dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan “kesalahan luar tabii.”
Menyifatkan sebagai perbuatan yang memaparkan kemunduran dalam masyarakat, kerajaan Uganda mengharamkan kumpulan yang memperjuangkan hak komuniti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender(LGBT) di negara itu.
Pertubuhan Minoriti Seksual Uganda (Smug) bukan sahaja diarah tutup serta-merta ekoran tidak selari dengan prinsip negara tersebut malah didakwa gagal mendaftarkan namanya dengan biro kebangsaan bagi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak 2004.
Tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan, Smug mengecam perintah itu sebagai ‘witch hunt’ atau pemburuan yang kejam terhadap komuniti LGBT Uganda.
“Ini adalah ‘witch hunt’ yang jelas berakar dan penuh sistematik dalam kerajaan bagi mendorong perasaan anti-gay dalam kalangan masyarakat,” kata pengarah Smug Frank Mugisha, yang merupakan aktivis gay Uganda.Frank juga menuduh pihak berkuasa menganggap komuniti LGBT Uganda sebagai warga kelas kedua dan cuba menafikan kewujudan mereka sepenuhnya.
Hubungan sejenis adalah haram di Uganda, dimana mereka boleh dihukum penjara seumur hidup kerana melakukan “kesalahan luar tabii.”Data rasmi polis menunjukkan 194 orang telah didakwa di bawah kesalahan itu antara 2017 hingga 2020, termasuk 25 yang kemudiannya disabitkan kesalahan.
Sumber: BBC News