Connect with us

Antarabangsa

Tak boleh sebut “gay” di tadika Florida

Beberapa sekolah di Florida bertindak memindahkan buku perpustakaan dan membahaskan penukaran buku teks sebagai tindak balas kepada gesaan pengkritik undang-undang “jangan sebut gay” di tadika di Florida.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Tak boleh sebut “gay” di tadika Florida
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Undang-undang baharu diperkenalkan Gabenor GOP Florida, Ron DeSantis melarang pembelajaran orientasi seksual dan identiti jantina di tadika sehingga gred tiga di mana perkataan “gay” tidak boleh digunakan dalam pembelajaran.
  • Undang-undang baharu itu menimbulkan perdebatan kerana pengkritik menyatakan ia tidak diperlukan kerana guru tidak menggunakan perkataan itu pada pembelajaran gred awal.
  • Golongan LBGTQ bimbang undang-undang baharu itu akan membuatkan kelompok mereka terasing.

Beberapa sekolah di Florida bertindak memindahkan buku perpustakaan dan membahaskan penukaran buku teks sebagai tindak balas kepada gesaan pengkritik undang-undang “jangan sebut gay” di tadika di Florida.

Ketika pelajar mula kembali ke sekolah dari cuti musim panas, pendidik mula berhati-hati menyesuaikan diri dan melihat bagaimana undang-undang baharu yang mengawal pelajaran tentang jantina dan orientasi seksual akan ditafsir dan dikuatkuasakan.

Undang-undang baharu diperjuangkan Gabenor GOP Florida, Ron DeSantis melarang pelajaran mengenai orientasi seksual dan identiti jantina di tadika sehingga gred ketiga serta bahan yang dianggap tidak sesuai dengan peringkat umur terbabit. 

Majoriti pendidik tidak menjangka perubahan besar dalam pelan pengajaran — salah satu sebab utamanya adalah pengkritik menyatakan bahawa undang-undang “jangan sebut gay” itu tidak diperlukan kerana guru tidak menggunakannya di tadika. 

Tetapi sesetengah pihak bimbang ia akan membuatkan guru dan kanak-kanak LGBTQ merasa terasing.

“Mesej tersirat dalam pelaksanaan undang-undang ini amat mengerikan. Ia toksik, ia diskriminasi,” kata seorang guru lesbian di sekolah menengah di Orange County, Gretchen Robinson.

Guru lesbian itu berkata undang-undang terbabit memang jelas menyasarkan murid LGBTQ sebagai kelompok “lain-lain” dan bukannya gay.

Awal tahun ini, pengkritik memanggil undang-undang itu sebagai undang-undang “jangan sebut gay” walaupun ia tidak mengandungi larangan terhadap penggunaan frasa tertentu atau bahan pengajaran membabitkan orientasi seksual yang sesuai bagi gred 4 dan ke atas.

Sumber: The Miami Times

Author