Antarabangsa
Speaker Dewan AS Nancy Pelosi, minta ahli perniagaan asing di Singapura sokong LGBTQ
Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura hari ini mengingatkan pelabur asing agar ‘berhati-berhati’ dalam memperjuangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Singapura.

- Nancy Pelosi pada Isnin lalu meminta kumpulan peniaga asing untuk menyokong komuniti LGBTQ memandangkan makin banyak syarikat AS bertapak di Singapura.
- Susulan itu Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Singapura ingatkan pelabur asing ‘berhati-berhati’ dalam memperjuangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di republik itu.
- “Kerajaan ingin mengingatkan pelabur asing sekalipun mereka bebas untuk mempromosikan kepelbagaian dalam syarikat, mereka harus berhati-hati dalam memperjuangkan sebarang advokasi mengenai isu di Singapura yang boleh menyebabkan perpecahan,” kata MHA.
- Perdebatan mengenai Seksyen 377A – undang-undang Singapura yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki tetapi tidak dikuatkuasakan secara aktif – mendapat perhatian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
SINGAPURA : Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (MHA) Singapura hari ini mengingatkan pelabur asing agar ‘berhati-berhati’ dalam memperjuangkan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) di Singapura.
Peringatan itu dibuat susulan kenyataan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi pada Isnin lalu yang meminta kumpulan peniaga asing untuk menyokong komuniti lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) tempatan memandangkan lebih banyak syarikat dari AS menubuhkan pejabatnya di sini.
Mengulas kenyataan Pelosi itu, MHA dilaporkan berkata, “Kerajaan ingin mengingatkan pelabur asing sekalipun mereka bebas untuk mempromosikan kepelbagaian dalam syarikat, mereka harus berhati-hati dalam memperjuangkan sebarang advokasi mengenai isu di Singapura yang boleh menyebabkan perpecahan.”
Perkara itu termasuk isu berkaitan LGBT, kata kenyataan kementerian berkenaan sepertimana dilaporkan Channel News Asia.
“Ini antara perkara bagi rakyat Singapura putuskan secara konsensus untuk bergerak ke hadapan,” kata kementerian berkenaan.
Pada Mei tahun lalu, webinar yang dihoskan bersama Kedutaan AS di Singapura dan Oogachaga, sebuah badan bukan kerajaan LGBTQ tempatan, turut mendorong Kementerian Luar Negeri (MFA) Singapura untuk mengeluarkan kenyataan.
“MFA telah mengingatkan Kedutaan AS bahawa misi diplomatik asing tidak boleh masuk campur tangan dalam sebarang hal sosial dan politik Singapura, termasuk isu-isu bagaimana orientasi seksual harus ditangani dalam dasar awam,” kata kementerian itu.
“Hanya rakyat Singapura yang boleh berdebat dan memutuskan tentang perkara ini,” kata kementerian terbabit.
Perdebatan mengenai Seksyen 377A – undang-undang Singapura yang menjenayahkan hubungan seks antara lelaki tetapi tidak dikuatkuasakan secara aktif – mendapat perhatian sejak beberapa bulan kebelakangan ini.
Mahkamah Tinggi Singapura pada Februari lalu mengenepikan cubaan mencabar undang-undang itu, beberapa percubaan terbaru untuk memansuhkan Seksyen 377A tetap gagal.
Bagaimanapun Kerajaan Singapura menyatakan ia sedang mempertimbangkan langkah terbaik dalam menangani hal ini selain memastikan perbezaan pandangan setiap pihak dihormati, termasuk kelompok yang mahu Seksyen 377A dikekalkan.
Singapura juga akan berusaha untuk melindungi kedudukan undang-undang semasa mengenai perkahwinan dalam kes-kes pertikaian di mahkamah, kata Menteri Undang-undang dan Hal Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam pada bulan lalu.
Kedudukan undang-undang semasa mengenai perkahwinan ditakrifkan di bawah Seksyen 12 Piagam Wanita di mana ia hanya sah antara seorang lelaki dan seorang wanita; perkahwinan sejenis dianggap tidak sah.
Sumber : Channel News Asia
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China