Antarabangsa
Setahun Taliban memerintah: Kehilangan wanita dalam tenaga kerja Afghanistan?
Sudah setahun Masuda Samar, 43, seorang pegawai kanan di sebuah kementerian di Afghanistan, tidak masuk ke pejabatnya.

- Emeriyah Islam Afghanistan diterajui Taliban didakwa mengekang hak kebebasan wanita dalam sektor pekerjaan.
- Menurut laporan Al Jazeera, Emeriyah Islam Afghanistan mengehadkan wanita memasuki tempat bekerja dan mengurangkan gaji mengikut kadar bekerja dari rumah walaupun kerajaan semasa itu tidak memecat secara langsung kakitangan kerajaan.
- Masuda Samar, seorang pegawai kanan di sebuah kementerian di Afghanistan, berkata beliau dihalang masuk ke pejabatnya sejak setahun lalu dan dibayar gaji sedikit bekerja dari rumah.
- Samar, 43, yang menggunakan nama samaran, mendakwa pihak jabatan sumber manusia meminta ahli keluarga lelaki menggantikan tempatnya di kementerian ekoran beban kerja meningkat.
AFGHANISTAN – Sudah setahun Masuda Samar, 43, seorang pegawai kanan di sebuah kementerian di Afghanistan, tidak masuk ke pejabatnya.
Pada 15 Ogos tahun lalu, Masuda bergegas pulang dari kerja untuk bersama keluarganya selepas mendengar berita Presiden Afghanistan pada ketika itu melarikan diri keluar negara, lantas membuka jalan kepada Taliban menawan ibu kota Kabul.
Selepas beberapa hari dan keadaan semakin reda, Samar yang meminta namanya ditukarkan bagi temubual ini atas faktor keselamatan, kembali ke kementerian terbabit, namun dimaklumkan yang beliau tidak lagi dialu-alukan ke pejabat di mana wanita itu bekerja sejak 17 tahun lalu.
Taliban didakwa mengenakan beberapa kekangan ke atas kebebasan wanita sejak berkuasa.
Menurut laporan Al Jazeera, Emeriyah Islam Afghanistan diterajui Taliban mengehadkan wanita memasuki tempat bekerja dan mengurangkan gaji mengikut kadar bekerja dari rumah walaupun mereka tidak memecat secara langsung kakitangan kerajaan seperti Samar.
“Kami cuba beberapa kali untuk ke tempat kerja pada tahun lepas (untuk merayu mendapat kerja kembali). Kami bersepakat untuk tunggu di pintu pagar kementerian selama beberapa hari menunggu menteri baharu untuk menukar keputusan itu tapi kami dihalau (pengawal Taliban),” kata Samar kepada Al-Jazeera.
Samar sering mengeluarkan gajinya yang sedikit akibat tekanan kewangan keluarga, tetapi wanita itu merasa amat terhina.
“Setiap kali ke bank, saya kesat air mata saya kerana terasa terhina menerima jumlah gaji (yang sedikit) itu kerana hak saya untuk bekerja dan mendapat gaji berpatutan sudah tiada. Saya rasa seperti pengemis.
“Bulan lepas, saya ada terima satu panggilan daripada jabatan sumber manusia (HR) meminta saya memperkenalkan ahli keluarga lelaki bagi menggantikan tempat saya. Pihak HR memaklumkan beban kerja semakin meningkat akibat kekurangan pekerja wanita dan mereka mahu mengambil pekerja lelaki sebagai ganti.
“Saya yang bertungkus-lumus belajar untuk mendapat kerja ini. Saya yang berhempas pulas bekerja untuk naik pangkat dan berada di kedudukan ini walaupun susah dan mencabar. Kenapa nak bagi kerja saya kepada suami dan abang saya?” kata Samar.
Pengurangan bilangan pekerja wanita didakwa turut berlaku dalam sektor swasta membabitkan beberapa organisasi ekoran tekanan kewangan, paksaan atau sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan ketidaksenangan kerajaan semasa.
Sumber: Al Jazeera
Antarabangsa
‘Watchlist FBI’ sasar orang Islam, 12 warga AS saman Jabatan Kehakiman
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).

- Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
- Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
- Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
- “Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
- Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Sekumpulan 12 Muslim warga Amerika Syarikat (AS), termasuk Datuk Bandar New Jersey, menyaman Jabatan Kehakiman AS pada 18 Sept lalu dalam usaha menamatkan penggunaan ‘watchlist’ atau senarai pemantauan rahsia Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI).
Mereka mendakwa senarai pemantauan itu sengaja menyasarkan orang Islam kerana 98 peratus nama di dalamnya dari kalangan penganut Islam.
Saman yang difailkan di Mahkamah Daerah AS di Massachusetts mengatakan dengan meletakkan individu itu dalam set data saringan pengganas, Kerajaan Persekutuan telah “menghukum” plaintif kepada kedudukan “kewarganegaraan kelas kedua seumur hidup.”
“Pelabelan itu menyebabkan mereka layak untuk kekal disyaki serta dikenakan kesan meluas yang mengubah setiap aspek kehidupan plaintif,” kata tuntutan mahkamah itu dipetik agensi berita Anadolu.
Tuntutan itu juga mendakwa plaintif berdepan kemudaratan, penghinaan awam, pengawasan, gangguan dalam perjalanan, penafian pekerjaan dan “secara efektif dibuang oleh AS”.
Saman itu turut menegaskan walaupun dikeluarkan dari senarai pemantauan FBI itu, mereka tetap akan mengalami kesan negatif seumur hidup yang bakal memudaratkan mereka.
Plaintif termasuk Datuk Bandar Prospect Park, New Jersey Mohamed Khairullah, Michael Migliore, seorang Muslim Amerika yang menetap di Arab Saudi, Nidal El-Takach, seorang penduduk Michigan dan sembilan yang lain.
Bercakap kepada pemberita di New Jersey, Khairullah berkata beliau belum dimaklumkan secara rasmi mengapa namanya berada dalam senarai pemantauan itu dan tidak juga diperjelaskan jika namanya sudah dikeluarkan.
Sumber: Anadolu Ajansı
-
Terkini2 days ago
Anak mualaf bersyukur MRM bantu uruskan jenazah ibu
-
Terkini4 days ago
Peniaga terima wang menerusi DuitNow QR akan dicaj bermula 1 November
-
Antarabangsa3 days ago
Penutupan kerajaan AS tidak dapat dielakkan – Biden
-
Antarabangsa3 days ago
Malaysia dijangka beri pengecualian visa kepada pelancong China