Antarabangsa
Perarakan bantahan Festival ‘Europride’ LGBT di Belgrade diketuai paderi
Ribuan orang membanjiri bandar Belgrade dalam satu perarakan agama yang mempertahankan nilai tradisional dan membantah penganjuran Festival ‘EuroPride’ LGBT dijadualkan di ibu negara Serbia itu pertengahan September ini.
- Beribu-ribu orang membanjiri bandar Belgrade dalam satu perarakan membantah sambutan Festival ‘EuroPride’ LGBT.
- Perarakan bantahan itu mendapat restu Bishop Nikanor dari Banat (kota di Serbia) yang sebelum ini menentang secara terang-terangan peserta dan penganjur EuroPride di Belgrade.
- Perarakan bantahan diketuai oleh beberapa paderi dan lelaki yang membawa salib kayu serta diiringi kumpulan penunggang motosikal.
- Penganjur EuroPride berkata acara LGBT itu tetap diadakan, tetapi tanpa perarakan.
BELGRADE – Ribuan orang membanjiri bandar Belgrade dalam satu perarakan agama yang mempertahankan nilai tradisional dan membantah penganjuran Festival ‘EuroPride’ LGBT dijadualkan di ibu negara Serbia itu pertengahan September ini.
Agensi berita Sputnik melaporkan perarakan bantahan itu sebelum ini dianjurkan 14 Ogos lalu.
Penganjur bantahan di Belgrade berkata mereka mendapat restu Bishop Nikanor dari Banat (kota di Serbia), yang sebelum ini membantah secara terang-terangan peserta dan penganjur EuroPride di bandar terbabit.
Perarakan bantahan yang diadakan semalam, bermula dari kawasan Gereja Ortodoks Serbia dan sepatutnya berakhir di luar kawasan Gereja St. Mark.
Bagaimanapun, perarakan bantahan itu berpecah selepas kira-kira enam kilometer perarakan yang rata-rata dipenuhi peserta bantahan.
Perarakan bantahanFestival ‘EuroPride’ LGBT itu diketuai beberapa paderi dan lelaki yang yang membawa salib kayu serta diiringi kumpulan penunggang motosikal.
Kelihatan juga bendera Russia dan simbol-simbol lain yang berkaitan dengan Russia di dalam perarakan bantahan LGBT itu.
Predisen Serbia, Aleksandar Vucic mengumumkan pada Sabtu lalu bahawa pihak berkuasa Serbia membatalkan perarakan sambutan EuroPride 2022 yang dijadualkan pada 12 hingga 18 September di Belgrade.
Dalam reaksi balasnya, penganjur EuroPride berkata acara itu tetap diadakan tetapi tanpa perarakan.
Sumber: Sputnik