Terkini
“Menteri jangan syok sendiri, saya tak setuju RUU ini “ – Tiong King Sing , Pemimpin GPS Tolak GEG
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing ketika membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat, menyatakan penolakan terhadap RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kerana ia dibuat secara tergesa-gesa.

- Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing ketika membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat, menyatakan penolakan terhadap RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kerana ia dibuat secara tergesa-gesa.
- “Kita tak boleh main sebegini. Jangan kita menipu sama rakyat. Kita mesti jaga ‘human right’ kepada rakyat. Kita bagi pendidikan kepada mereka. Menteri jangan syok sendiri. Saya memang tak setuju ini ‘bill’ (RUU). Memang saya tolak,” katanya.
Kuala Lumpur: Ahli-ahli Parlimen mahu supaya Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 tidak diluluskan secara terburu-buru dan melalui proses penelitian yang secukupnya semua pihak khususnya berkaitan aspek penguatkuasaan.
Mereka juga bersetuju supaya RUU itu dirujuk kepada Jawatankuasa Pilihan Khas (JPK) Parlimen bagi membolehkan satu kata sepakat bersama dicapai semua ahli parlimen dari blok kerajaan dan pembangkang sebelum RUU diluluskan kelak.
Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing ketika membahaskan RUU itu di Dewan Rakyat, menyatakan penolakan terhadap RUU Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 kerana ia dibuat secara tergesa-gesa.
Beliau berkata, sepatutnya pendidikan diutamakan dengan tempoh yang mencukupi perlu diberikan kepada rakyat supaya mereka faham matlamat dan mesej ke atas penggubalan akta ini.
“Kita tak boleh main sebegini. Jangan kita menipu sama rakyat. Kita mesti jaga ‘human right’ kepada rakyat. Kita bagi pendidikan kepada mereka. Menteri jangan syok sendiri. Saya memang tak setuju ini ‘bill’ (RUU). Memang saya tolak,” katanya.
Beliau juga membangkitkan dakwaan di media sosial kononnya pengenalan undang-undang ini ada kaitannya dengan pengenalan sebuah aplikasi baharu yang akan diperkenalkan dalam menguatkuasakan undang-undangnya kelak.
“Kata kita mahu ‘rushing’ pasal apa? Pasal ada satu (aplikasi) mahu kasi naik lagi. Ini kalau betul ceritanya di sosial media berapa lagi mahu bayar satu tahun. Kalau tidak mahu bayar, siapa mahu buat. Kenapa kelam-kabut. Kenapa tidak kaji betul-betul buat pendidikan pada rakyat.
“Saya tidak tahu ini dari sosial media. Saya rasa.. orang rasa boleh lihat ‘PUBA’ apps. Siapa buat ini, saya tidak tahu orang sudah ‘speculate’. Sebab ini sudah kelam-kabut hari ini. Saya persoal dalam (dewan) ini, (hari ini) ‘PUBA’ esok boleh tukar pulak ‘Bubar’,” katanya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman berkata, biarpun bersetuju dengan RUU itu, namun kerajaan tidak wajar untuk menjenayahkan pengguna dan fokus kepada pengeluaran dan pengedarannya.
“Jika kita mengakui rokok dan vape itu menyebabkan ketagihan, dengan itu kita tidak perlu menghukum mereka yang ketagih kerana ini bukan pilihan mereka. Di New Zealand mereka tidak kenakan denda, kompaun atau mengheret anak muda berkenaan ke mahkamah jenayah tetapi fokus kepada ‘supplier’ dan ‘source’.
“Saya faham KKM kata kita akan letak garis panduan hanya 50 tetapi realitinya kementerian tiada kawalan seratus peratus ke atas semua penguat kuasa. Pada masa sama, kementerian tidak ada kawalan ke atas sistem kehakiman negara, ke atas pendakwa raya,” katanya.
Katanya, kajian yang penuh berdasarkan sains dan data perlu dilakukan dan dibentang ke Parlimen.
“Biarlah kumpulan pakar (bagi taklimat) dan jangan melihat satu pihak sahaja. Ikut sains dan data dan jangan tergesa-gesa bentang bill,” katanya turut mencadangkan supaya keluar seksyen yang mudah untuk disalahgunakan.
Sumber : Berita Harian
