Connect with us

Terkini

Lesen Crackhouse dibatalkan, Rizal Van Geyzel disenarai hitam seumur hidup

Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Crackhouse Comedy Club tutup selamanya
Foto: Pemilik Crackhouse Comedy Club , Rizal Van Geyzel.
  • DBKL yang bermesyuarat pada 29 Julai lalu, bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuat kuasa 30 Julai lalu.
  • “Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.” – Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.
  • The Merdeka Times sebelum ini melaporkan pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel sering memuat naik video di tiga platform media sosialnya yang menyentuh isu sensitiviti perkauman.
  • Rizal bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan tersebut.
    Enggan dikenali, pelawak yang ditemui The Merdeka Times kesal tempat yang menjadi lokasi belajar dan memperbaiki kualiti persembahan ditutup selamanya.

KUALA LUMPUR: Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam seumur hidup daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara ini.

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias, berkata Jawatankuasa Pelesenan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang bermesyuarat pada 29 Julai lalu, bersetuju membatalkan lesen perniagaan kelab komedi berkenaan berkuat kuasa 30 Julai lalu.

“Malah, kita juga mengambil keputusan untuk menyenarai hitam pemilik kelab ini untuk mendaftarkan lesen perniagaan di Kuala Lumpur buat selama-lamanya.

“Ini bermakna pemilik kelab itu tidak boleh mendaftarkan sebarang aktiviti perniagaan di Kuala Lumpur walaupun menggunakan nama dan syarikat berlainan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengetuai Operasi Bersepadu di Pasar Borong Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

The Merdeka Times cuba mendapatkan respon para pelawak yang pernah melakukan persembahan komediri di kelab tersebut,rata-ratanya tidak bersetuju dengan penutupan terus Crackhouse.

Enggan dikenali, pelawak yang ditemui The Merdeka Times kesal tempat yang menjadi lokasinya belajar dan memperbaiki kualiti persembahannya ditutup selamanya.

“Saya rasa sedih kerana Crackhouse sudah menjadi lokasi pilihan saya untuk membuat persembahan ‘open mic’ selama setahun. Saya setuju tempat itu ditutup buat sementara kalau atas dasar undang-undang perlesenan itu. Tapi saya harap ia tidak ditutup teruslah. Dah settle bayar saman, dah apply lesen, buka lah balik,” jelasnya.

Menurut Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan  beberapa kelab yang disyaki terbabit dengan aktiviti menghina agama dan bangsa di sekitar ibu negara juga sedang dipantau pihaknya.

Pada 11 Julai lalu, The Merdeka Times melaporkan pengasas dan pemilik bersama Crackhouse Comedy Club, Rizal Van Geyzel sebelum ini sering memuat naik video di tiga platform media sosialnya yang menyentuh isu sensitiviti perkauman.

Video yang tersebar di media sosial menyebabkan banyak pihak tidak berpuas hati dengan persembahan komedinya.

Rizal bagaimanapun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan tersebut.

Crackhouse Comedy Club di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini, yang digantung sementara operasi oleh DBKL pada 10 Julai lalu didapati tidak mempunyai lesen hiburan sejak 2014 hingga 2017.

Pemilik premis itu hanya diberikan lesen restoran dan minuman keras tetapi tiada lesen hiburan.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *