Connect with us

Terkini

Kes mahkamah Azeez Rahim ditangguh buat kali kedua

Mahkamah Rayuan hari ini sekali lagi memberi penangguhan kali kedua  terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Ia berkaitan permohonan rayuan untuk membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan penggubalan wang haram yang dihadapinya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Kes mahkamah Azeez Rahim ditangguh buat kali kedua
Foto: Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah).
  • Perbicaraan kes rayuan bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Mahkamah Rayuan ditangguhkan lagi buat kali kedua.
  • Kes ditangguhkan kepada 5 September depan.
  • Rayuan bagi membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
  • Pada 1 Julai lalu, pihak pembelaan telah memohon kepada Mahkamah Rayuan bagi penangguhan keputusan rayuan terhadap Abdul Azeez.
  • Sepatutnya hari ini adalah mahkamah bersidang bagi memberikan keputusan rayuan terhadap Abdul Azeez.
  • Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(C) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta yang sama.
  • Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan hari ini sekali lagi memberi penangguhan kali kedua  terhadap bekas Pengerusi Tabung Haji, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim. Ia berkaitan permohonan rayuan untuk membatalkan 13 tuduhan menerima rasuah dan penggubalan wang haram yang dihadapinya. Kes ditangguhkan kepada 5 September depan.

Pihak peguam bela Abdul Azeez memaklumkan kepada panel tiga hakim diketuai Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Abu Bakar Jais dan Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali bahawa Abdul Azeez tidak dapat hadir ke mahkamah kerana sedang menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Maka kebenaran penangguhan diberikan oleh mahkamah.

Sebelum ini, pada 1 Julai lalu, pihak pembelaan juga telah memohon penangguhan keputusan rayuan kes Abdul Azeez. Ia adalah kerana Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Abdul Azeez memaklumkan, terdapat petunjuk baharu dalam representasi yang dikemukakan oleh pihak pembelaan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk pertimbangan pertuduhan.

Sehubungan itu, Amer Hamzah memohon mahkamah menangguhkan keputusan rayuan Abdul Azeez untuk membatalkan 13 pertuduhan dihadapinya, sementara menunggu maklum balas representasi tersebut.

Jika representasi itu diterima, ini bermakna pertuduhan akan digugurkan dan kes terhadap Abdul Azeez selesai tanpa perlu mahkamah  mengumumkan keputusannya.

Ujar Amer Hamzah, beliau percaya Abdul Azeez mempunyai peluang yang cerah dalam rayuan itu, namun pihaknya perlu memajukan petunjuk baharu yang diperolehi kepada SPRM kerana ia sangat penting bagi membolehkan representasi diterima.

Namun sehingga hari ini tiada jawapan balas berkaitan representasi tersebut. Hanya penangguhan kes yang dimohon atas alasan kesihatan tertuduh.

Abdul Azeez, 54, yang juga Ahli Parlimen Baling menghadapi tiga tuduhan menerima rasuah berjumlah RM5.2 juta berkaitan projek jalan raya di Perak dan Kedah serta 10 pertuduhan pengubahan wang haram mencecah jutaan ringgit.

Pendakwaan terhadapnya dibuat mengikut Seksyen 28(1)(c) Akta SPRM 2009 serta dibaca bersama seksyen 16(a)(A) dan seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *