Connect with us

Antarabangsa

Indonesia tidak benarkan perkembangan LGBT – Timbalan Gabenor Jakarta

Minggu Fesyen Citayam (CFW) menjadi perdebatan hangat di Jakarta saat ini ekoran kenyataan Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria yang memohon rakyat negara itu berhati-hati dengan unsur LGBT yang dibawa dalam acara tersebut.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

minggu fesyen citayam
Foto: Minggu Fesyen Citayam di Jakarta.
  • “Di Indonesia kita tidak perkenalkan LGBT, jadi kita kena bezakan, ya. Mungkin maaf di sesetengah negara dibenarkan, tetapi bagi kita, Indonesia tidak dibenarkan,”- Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria.
  • Riza mengulas unsur LGBT yang terdapat dalam acara Minggu Fesyen Citayam (CFW) di Jakarta yang memperlihatkan remaja lelaki berpakaian wanita.
  • Kenyataan Riza dibidas Amnesty International Indonesia dengan menganggap Timbalan Gabenor itu bersikap diskriminasi terhadap komuniti songsang tersebut.

JAKARTA : Minggu Fesyen Citayam (CFW) menjadi perdebatan hangat di Jakarta saat ini ekoran kenyataan Timbalan Gabenor Jakarta, Ahmad Riza Patria yang memohon rakyat negara itu berhati-hati dengan unsur LGBT yang dibawa dalam acara tersebut.

“Apa yang berlaku di Citayam perlu diberi perhatian, di sana kita melihat anak-anak kita yang saya rasa masih dalam usia belasan tahun, dengan gaya dan juga pakaian mereka, yang mana remaja lelaki berpakaian wanita, saya rasa mereka perlu dibimbing , kita  perlu didik anak-anak kita, beri perhatian dan kita bimbing untuk menjadi lebih baik,” sambungnya.

Kenyataan Riza dibidas Amnesty International Indonesia dengan menganggap Timbalan Gabenor itu bersikap diskriminasi terhadap komuniti songsang tersebut.

“Sekali lagi kita mendengar pemimpin membuat kenyataan diskriminasi yang berpotensi menyebabkan penganiayaan terhadap kelompok minoriti” kata Pengarah Eksekutif Amnesty International Indonesia, Usman Hamid.

Beliau berpendirian setiap orang mempunyai hak yang sama, tidak kira jantina, etnik atau orientasi seksual.

“Pihak berkuasa sebenarnya harus melindungi mereka daripada diskriminasi dengan tidak membuat kenyataan yang boleh mencetuskan diskriminasi dan penganiayaan,” katanya.

Menjawab kenyataan itu, Riza berharap kebebasan yang diberi usah sampai mengganggu kebebasan orang lain.

Beliau juga menegaskan bahawa Indonesia tidak pernah memperkenalkan LGBT.Riza kemudian merayu ibu bapa supaya melindungi anak-anak mereka daripada pengaruh LGBT.

Minggu Fesyen Citayam

“Di Indonesia kita tidak perkenalkan LGBT, jadi kita kena bezakan, ya. Mungkin maaf di sesetengah negara dibenarkan, tetapi bagi kita, Indonesia tidak dibenarkan,” katanya.

Ahmad Riza mengakui bahawa  setiap rakyat mempunyai hak kebebasan memilih.

Namun ibu bapa digesa tidak membiarkan anak-anak membesar dengan orientasi songsang.

“Kita tidak seharusnya memberi ruang serta peluang perkembangan kecenderungan songsang tersebut , walaupun kita mengiktiraf wujudnya kebebasan kemerdekaan, tetapi kebebasan perlu ada selari dengan tanggungjawab,” tegasnya.

Sumber : DetikNews

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *