Terkini
Homoseksual, biseksual faktor utama jangkitan HIV – Menteri Kesihatan
Transmisi seksual kini menjadi faktor risiko utama kepada jangkitan HIV baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) di Wilayah Persekutuan sejak 2015 hingga tahun lalu.

- Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata 68 peratus jangkitan HIV baharu yang dilaporkan adalah menerusi hubungan homoseksual/biseksual, manakala 26 peratus menerusi hubungan heteroseksual.
- Sepanjang tempoh 2015-2021 ,91 peratus kes baharu HIV daripada kategori umur 20 ke 49 tahun, 45 peratus (umur 20-29), 33 peratus (umur 30-39) dan 13 peratus (umur 40-49), tiga peratus (umur kurang dari 20 tahun) dan enam peratus kes baharu berumur 50 tahun ke atas.
KUALA LUMPUR : Transmisi seksual kini menjadi faktor risiko utama kepada jangkitan HIV baharu yang direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) di Wilayah Persekutuan sejak 2015 hingga tahun lalu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata sepanjang tempoh itu juga, sebanyak 68 peratus jangkitan HIV baharu yang dilaporkan adalah menerusi hubungan homoseksual/biseksual, manakala 26 peratus menerusi hubungan heteroseksual.
“Tren kes baharu HIV adalah mendatar untuk semua kategori faktor risiko.
KKM sudah mengambil langkah kawalan dan pencegahan bagi mencapai matlamat Ke Arah Sifar HIV dan Mengakhiri AIDS seperti digariskan melalui beberapa siri Pelan Strategik Kebangsaan Bagi Mengakhiri HIV/AIDS (2016 – 2030).
“(Antara lain ia) menggariskan fokus utama merangkumi uji dan rawat, pengukuhan pengurangan mudarat, pencegahan jangkitan ibu ke anak serta eliminasi stigma dan diskriminasi,” katanya dalam jawapan bertulis menjawab soalan Dr Tan Yee Kew (PH-Wangsa Maju) di Dewan Rakyat.
Khairy berkata, bilangan kes baharu HIV dilaporkan bagi tempoh 2015 hingga 2021 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya ialah 3,030 kes, dengan kes baharu HIV menunjukkan trend mendatar.
“Bilangan kes HIV dilaporkan pada 2015 sebanyak 448 orang atau pada kadar 27.8 kes bagi setiap 100,000 penduduk, manakala bagi 2019, sebanyak 448 kes HIV baharu dilaporkan atau pada kadar 22.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk.
“Bagi 2020 dan 2021, kes baharu HIV yang dilaporkan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya menunjukkan trend penurunan yang signifikan. Namun, ia mungkin kesan kawalan pergerakan akibat pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara, menyebabkan aktiviti saringan HIV tersekat,” katanya.
Khairy berkata, sepanjang tempoh 2015 ke tahun lalu, 91 peratus kes baharu HIV daripada kategori umur 20 ke 49 tahun, 45 peratus (umur 20-29), 33 peratus (umur 30-39) dan 13 peratus (umur 40-49), tiga peratus (umur kurang dari 20 tahun) dan enam peratus kes baharu berumur 50 tahun ke atas.
Sumber : Berita Harian
Terkini
Vape berisi cecair dadah sintetik dikesan AADK
Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

- Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
- Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
- “Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
- “Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
KUALA SELANGOR: Penggunaan peranti vape berisi cecair dadah sintetik dikesan di negara ini oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Sutekno Ahmad Belon berkata, kes itu meliputi penggunaan dadah jenis sintetik dan tiada begitu spesifik atau berleluasa.
“Namun, kita sememangnya ada mengesan dua atau tiga kes yang berlaku sebelum ini.
“Bahannya kadang-kadang dadah sintetik dalam bentuk cecair dan kita berharap ianya tidak banyak di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Program Retreat Bersama Klien AADK dan Malam Apresiasi Media, malam semalam.
Terdahulu penggunaan peranti vape yang makin popular dalam kalangan masyarakat kini dilaporkan melalui ‘transformasi’ apabila ramai pengguna terutama remaja memilih untuk menggunakan perisa yang mengkhayalkan.
Perisa itu dipercayai menggunakan dadah yang diubah suai kepada cecair dikenali sebagai pedon dan magic mushroom.
Pusat Racun Negara sebelum ini turut mendedahkan magic mushroom yang terkandung atau ditambah dalam vape merujuk kepada ekstrak bahan aktif iaitu Psilocybin untuk mendapatkan kesan halusinogen.
Halusinogen bermaksud kepada halusinasi iaitu keseronokan yang melampau.
Mengulas lanjut, kata Sutekno, AADK akan membuat intervensi awal dengan mendapatkan perintah mahkamah bagi individu itu menjalani rawatan pemulihan.
“Ia melibatkan faktor pengesanan sekiranya mereka didapati positif dadah sama ada menerusi peranti atau secara oral,” ujarnya.
Pada 15 Julai lalu, tindakan tiga beranak menjual campuran dadah cecair jus ganja ke dalam botol cecair vape memakan diri apabila mereka ditahan polis di sekitar Paya Pulai, Segamat, Johor.
Dalam kejadian pukul 5 petang itu, tiga sekeluarga yang diberkas terdiri daripada sepasang suami isteri dan seorang bapa masing-masing berusia 24 dan 49 tahun.
Cecair itu diedarkan kepada penagih, pelajar dan orang awam yang ingin mencuba perisa istimewa (resepi rahsia) di sekitar Segamat.
Difahamkan, sebotol cecair vape dicampur cecair ganja itu berharga lebih RM240, manakala yang kurang berkemampuan ditawarkan plan kemudahan pembelian mampu rasa kepada individu bawah usia termasuk pelajar dengan tiap titisan dijual antara RM3 hingga RM5 sahaja.
Sumber: Utusan Malaysia
-
Terkini4 days ago
(VIDEO) ‘Saya tidak pilih Islam, Islam pilih saya’ – Mualaf
-
Terkini3 days ago
KPDN anjur Jualan Rahmah Beras esok
-
Terkini1 day ago
Samakan pakai seluar pendek dengan dosa minum arak, media Cina cuba kelirukan masyarakat
-
Antarabangsa3 days ago
Model pakai mini skirt tertera dua kalimah syahadah