Connect with us

Terkini

GEG: Hanya hukum penjual, bukan perokok

Undang-undang untuk mengharamkan individu yang lahir sebelum 2007 daripada membeli rokok patut dipinda supaya hanya menghukum penjual dan bukannya pengguna, kata Ketua Eksekutif Galen Centre, Azrul Mohd Khalib.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

hukum penjual, bukan perokok
Foto: Ketua Eksekutif Galen Centre, Azrul Mohd Khalib.
  • Undang-undang mengharamkan individu yang lahir sebelum 2007 daripada membeli rokok patut dipinda supaya hanya menghukum penjual dan bukannya pengguna.
  • Ketidakadilan berpotensi berlaku apabila pengguna dalam kategori generasi penamat (GEG) didakwa memiliki atau menggunakan rokok, terutama apabila hukumannya berat.
  • “Seseorang yang ketagih pada nikotin, sama ada perokok atau pengguna vaper, mempunyai hak untuk dirawat secara saksama di sisi undang-undang, dengan belas ihsan dan bermaruah,” – Ketua eksekutif badan pemikir kesihatan, Azrul Mohd Khalib.

Undang-undang untuk mengharamkan individu yang lahir sebelum 2007 daripada membeli rokok patut dipinda supaya hanya menghukum penjual dan bukannya pengguna, kata Ketua Eksekutif Galen Centre, Azrul Mohd Khalib.

“Seseorang yang ketagih pada nikotin, sama ada perokok atau pengguna vaper, mempunyai hak untuk dirawat secara saksama di sisi undang-undang, dengan belas ihsan dan bermaruah,” katanya ketua eksekutif badan pemikir kesihatan itu dipetik portal Malaysia Kini.

Azrul berkata ketidakadilan berpotensi berlaku apabila pengguna dalam kategori generasi penamat (GEG) didakwa memiliki atau menggunakan rokok, terutama apabila hukumannya berat.

Rang Undang-undang Kawalan Tembakau dan Merokok 2022 memperuntukkan hukuman RM5,000 kepada individu yang lahir sebelum tahun 2007 daripada merokok, membeli atau memiliki produk tembakau atau peranti merokok.

Mengenai kawalan penjualan produk berkenaan, rang undang-undang itu memperuntukkan denda tidak lebih RM20,000 atau dipenjarakan tidak lebih setahun atau kedua-duanya terhadap individu yang menjual atau mempamer produk tembakau, bahan merokok, produk pengganti tembakau atau peranti merokok kepada mereka yang lahir pada 1 Jan 2007 dan seterusnya.

Pada 27 Julai lalu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin membuat bacaan kali pertama di Dewan Rakyat bagi rang undang-undang itu.

Sumber : Malaysia kini

Author