Connect with us

Antarabangsa

Di bawah Modi, penganut bukan Hindu semakin ditindas di India

Ketika India menyambut 75 tahun kemerdekaannya, umat Islam dan golongan minoriti di negara itu merasakan mereka dalam keadaan disekat.

Wartawan TMT

Published

on

Di bawah Modi, penganut bukan Hindu semakin ditindas di India
Foto: Sumber Adnan Abidi/Reuters.
  • Umat Islam dan golongan minoriti di India merasakan semakin terkongkong ketika India menyambut 75 kemerdekaannya.
  • Di bawah Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Narandra Modi sejak 2014, negara asia selatan itu semakin berubah dan membawa agenda majoriti Hindu.
  • ‘Hindu majoritarianism’’ kini jadi dasar de facto India di mana kumpulan supremasis Hindu meningkatkan tuntutan menjadikan India “Hindu Rashtra” atau negara eksklusif Hindu.
  • Kini, parti pemerintahan di India langsung tidak mempunyai wakil ahli parlimen Islam.
  • Minggu lalu, Varanasi yang juga pertubuhan haluan kanan Hindu, mengeluarkan draf perlembagaan 32 muka surat “Hindu Rashtra” bagi menafikan hak mengundi orang Islam dan Kristian.

INDIA – Ketika India menyambut 75 tahun kemerdekaannya, umat Islam dan golongan minoriti di negara itu merasakan mereka dalam keadaan disekat.

Diperintah Parti Bharatiya Janata (BJP) sejak 2014, negara asia selatan itu berubah di bawah pimpinan Perdana Menteri, Narendra Modi yang secara terang-terangan membawa agenda majoriti Hindu yang membimbangkan umat Islam di negara itu.

Menurut pengkritik di bawah kepimpinan Modi, ‘Hindu majoritarianism’’ telah menjadi dasar de facto negara di mana kumpulan supremasis Hindu meningkatkan tuntutan mereka untuk menukarkan negara itu kepada “Hindu Rashtra” atau negara eksklusif Hindu.

Di seluruh negara, umat Islam berdepan diskriminasi secara terang-terangan dan diskriminasi secara halus dari institusi dan kumpulan sayap kanan Hindu yang disokong BJP.

Tidak kira dari sudut pemakaian, makan, hak beribadat dan hak perlembagaan orang Islam untuk beragama serta berdakwah, semuanya ditentang secara sistematik, diharamkan dirobohkan atau dikurangkan sejak Modi memegang tampuk pimpinan pada 2014.

Buat pertama kalinya dalam sejarah India, parti pemerintah kini tidak mempunyai seorang pun wakil ahli parlimen Islam.

“Jika Hindu Rashtra ini bermaksud memberikan status kelas kedua kepada orang Islam, maka India telah mencapai matlamat itu. Persoalan sekarang ialah adalah menjadikannya secara rasmi. Jika tidak rasmi pun, segala perubahan telah berlaku,” kata seorang penulis dan wartawan, Dhirendra K Jha kepada Al Jazeera.

Pada 2018, kerajaan persekutuan meluluskan undang-undang larangan penceraian ‘talak tiga’, iaitu tindakan penceraian yang kontroversi dan jarang-jarang berlaku dalam kalangan penganut Islam. 

Beberapa negeri yang diperintah BJP meluluskan undang-undang dengan jolokan ‘jihad cinta’ itu yang menjenayahkan pertukaran agama untuk berkahwin.

Kerajaan Modi juga meluluskan Akta Pindaan Kewarganegaraan pada tahun 2019 yang memberikan kerakyatan kepada minoriti bukan Islam dari negara jiran. Pelulusan undang-undang itu mengundang protes yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan juga keganasan agama di ibu negara yang menyebakan sekurang-kurangnya 53 maut.

Di Karnataka di selatan India, kerajaan BJP juga mengharamkan pemakaian hijab di institusi pendidikan. Pada 2021, kerajaan BJP juga meluluskan undang-undang pemansuhan “madrasah”.

Minggu lalu, pertubuhan haluan kanan Hindu di kawasan pilihan raya Modi, Varanasi, mengeluarkan draf perlembagaan 32 muka surat “Hindu Rashtra” bagi menafikan hak mengundi orang Islam dan Kristian.

“Hindu Rashtra” seperti yang diperkatakan hanya menumpu kepada ketidakadilan dan kekejaman terhadap kaum bukan Hindu sahaja, terutamanya orang Islam, kata aktivis Muslim, Khalik Khan kepada Al Jazeera. 

Khan menetap di Faizabad iaitu bandar kembar Ayodhya dan turut dikenali sebagai “ground zero” bagi gerakan ketuanan Hindu. 

“Matlamatnya adalah bagi melemahkan kuasa serta semangat komuniti kami (Muslim) dan juga mengurangkan kedudukan kami dalam masyarakat hingga status pariah,” kata Khan. 

Sumber: Al Jazeera

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending