Connect with us

Terkini

Dasar baharu tahfiz wujud sistem iktiraf para huffaz – Menteri Agama

Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang menjadi sebagai rujukan utama dalam memacu hala tuju dan memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia, sedang dirangka oleh kerajaan.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Dasar baharu tahfiz wujud sistem iktiraf para huffaz - Menteri Agama
Foto: Datuk Idris Ahmad di Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPTN, sumber FB Idris Ahmad.
  • Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang menjadi sebagai rujukan utama dalam memacu hala tuju dan memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia, sedang dirangka oleh kerajaan.
  • Ia bertujuan memastikan usaha bersepadu dapat dilaksanakan bagi mengangkat kualiti dan standard pendidikan tahfiz, sekali gus menjamin masa depan pelajar.
  • dasar ini meliputi teras dan strategi yang bersifat menyeluruh dan memerlukan penglibatan semua pihak
  • “… dasar ini akan memperincikan segala bentuk teras yang menjadi fokus dalam memantapkan undang-undang, mewujudkan model tahfiz, mewujudkan kurikulum tahfiz arus perdana, memperkasa tadbir urus serta mewujudkan sistem pengiktirafan kepada huffaz dan Institusi Tahfiz,”- Menteri Agama,Datuk Idris Ahmad
  • Beliau mengharapkan suatu masa nanti Institusi Tahfiz akan berdiri sama tinggi dengan dasar pendidikan yang sedia ada di dalam negara kita.

PUTRAJAYA: Dasar Pendidikan Tahfiz Negara (DPTN) yang menjadi sebagai rujukan utama dalam memacu hala tuju dan memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia, sedang dirangka oleh kerajaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, berkata  DPTN bertujuan memastikan usaha bersepadu dapat dilaksanakan bagi mengangkat kualiti dan standard pendidikan tahfiz, sekali gus menjamin masa depan pelajarnya.

Kata beliau, dasar ini meliputi teras dan strategi yang bersifat menyeluruh dan memerlukan penglibatan semua pihak seperti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Majlis dan Jabatan Agama Islam Negeri-Negeri (JAIN), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), persendirian dan swasta.

“Lebih membahagiakan diri saya apabila dasar ini akan memperincikan segala bentuk teras yang menjadi fokus dalam memantapkan undang-undang, mewujudkan model tahfiz, mewujudkan kurikulum tahfiz arus perdana, memperkasa tadbir urus serta mewujudkan sistem pengiktirafan kepada huffaz dan Institusi Tahfiz,” katanya dalam hantaran menerusi Facebook.

Katanya, beliau masih ingat bahawa sebelum ini terdapat sebahagian masyarakat melemparkan tohmahan terhadap subjek agama dan tahfiz yang disifatkan tidak mempunyai masa depan dalam kerja.

Bagaimanapun katanya, disebabkan kesedaran yang cukup besar pada hari ini maka jalur pendidikan seperti ini telah menjadi sebahagian besar daripada pilihan anak-anak kita yang bukan hanya mahu membina pendidikan dengan mencari pekerjaan, tapi mahu membina jati diri Muslim yang kuat dan mencapai keredaan Allah SWT.

Dalam hantaran sama beliau mengharapkan suatu masa nanti Institusi Tahfiz akan berdiri sama tinggi dengan dasar pendidikan yang sedia ada di dalam negara kita.

“Azam saya bersama seluruh pasukan, kita akan bersungguh melaksanakan agenda dan dasar yang cukup memberi makna yang kuat kepada seluruh umat Islam di Malaysia,” katanya.

Tambahnya, kita bukan sahaja mahukan negara ini menjadi sebuah negara maju, bahkan menjadi sebuah negara yang berkat dan sejahtera. 

Pada petang semalam, beliau telah mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Induk DPTN kali pertama yang dihadiri agensi bawahnya, selepas usaha membangunkannya pada 2017.

Sumber : Facebook Idris Ahmad

 

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/08/991928/kerajaan-rangka-dasar-pacu-hala-tuju-perkasakan-pendidikan-tahfiz

Author