Connect with us

Antarabangsa

Transgender hamilkan dua rakan banduan wanita

Seorang transgender yang ditempatkan di dalam penjara wanita di New Jersey telah dipindahkan ke penjara lain apabila dilaporkan telah menghamilkan dua banduan wanita lain.

Wartawan TMT

Published

on

Transgender Demi Minor
Foto: Transgender, Demi Minor.
  • Demi Minor, banduan transgender dipindahkan ke penjara lain apabila didapati menghamilkan 2 banduan wanita.
  • Minor dihukum penjara 30 tahun atas jenayah membunuh.
  • Dia tetap percaya bahawa dirinya wanita yang kebetulan seorang transgender.
  • Penjara Edna Mahan menempatkan sejumlah 27 banduan transgender wanita.

WASHINGTON – Seorang transgender yang ditempatkan di dalam penjara wanita di New Jersey telah dipindahkan ke penjara lain apabila dilaporkan telah menghamilkan dua banduan wanita lain.

Demi Minor, 27 tahun didakwa menghamilkan dua banduan ketika dikurung di penjara wanita, selepas terbabit dalam hubungan seksual suka sama suka dengan orang lain yang dipenjarakan.

Banduan transgender itu terdahulu dikenakan hukuman penjara selama 30 tahun atas jenayah membunuh di Edna Mahan Correctional Facility for Women sebelum dipindahkan ke Garden State Youth Correctional Facility (GYSC), iaitu penjara untuk golongan belia di mana Minor merupakan satu-satunya ‘wanita’ di situ.

Minor memberitahu di dalam satu catatan blog di laman web Justice 4 Demi pada 15 Julai, dia telah diletakkan dalam pengawasan bunuh diri di penjara baru tersebut kerana cuba menggantung diri semasa dipindahkan.

“Pihak penjara telah menindas hak saya untuk berasa selamat dan bebas daripada gangguan seksual apabila menempatkan saya di salah satu penjara paling ganas.

“Ketika berada di GYSC, saya diserang banduan muda yang tidak matang dan jahil (tidak mengetahui) tentang golongan seperti saya.

Minor mengatakan yang dia tidak tahu cara untuk hidup sebagai seorang lelaki dan dia tidak ingin kembali kepada gaya hidup (lelaki) itu lagi.

“Saya dipindahkan ke Penjara Negeri New Jersey, dan saya dipanggil sebagai ‘he’ dan ‘him’ (kata ganti diri lelaki) lebih daripada 30 kali.

“Saya menerima hakikat berada di penjara lelaki tetapi saya tidak menerima dan tidak akan pernah bersetuju bahawa saya bukan seorang wanita yang kebetulan seorang transgender,” tulisnya.

Catatan tersebut turut memberitahu Minor telah dikeluarkan dari penjara wanita secara paksaan dan dipukul ketika proses pemindahan berlaku.

Ketika ditanya berkenaan dakwaan tersebut, jabatan penjara memaklumkan bahawa pihaknya akan menyiasat perkara berkenaan.

Pada 2021, New Jersey menggubal dasar membenarkan banduan ditempatkan mengikut identiti jantina pilihan mereka.

Penjara di Mahan mula menempatkan transgender wanita, termasuk mereka yang masih belum menjalani pembedahan pertukaran jantina, sejak tahun lepas susulan tuntutan saman oleh salah seorang banduan dan American Civil Liberties Union (ACLU). 

Kini, penjara itu mempunyai 27 banduan transgender.

Sumber: Dailymail

 

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Kudis merebak dalam kalangan tahanan Palestin

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.
  • Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.
  • Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.
  • Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Palestinian Prisoners’ Society (PPS) melaporkan jangkitan secara meluas penyakit kulit yang merebak dalam kalangan warga Palestin di penjara-penjara Israel dilihat oleh peguam dan bekas tahanan yang dibebaskan.

Penyakit paling umum adalah kudis, jangkitan yang sangat menular disebabkan kutu kecil, katanya.

Penyebarannya lebih diburukkan dengan keadaan kebersihan yang teruk, kesesakan dan bekalan air terhad di penjara-penjara Israel yang menurut kumpulan itu khususnya di fasiliti padang pasir Negev dan Megiddo, Israel.

Kumpulan terbabit mendakwa Israel membiarkan tahanan yang dijangkiti tanpa rawatan bahkan memindahkan mereka ke kawasan lain dalam penjara di mana penyakit itu boleh disebarkan, tindakan yang menurutnya merupakan “jenayah perubatan”.

Terdahulu, CNN mendedahkan seksaan ngeri Israel dengan informasi penyaksian penderaan sistemik dilakukan rejim zionis terhadap tahanan warga Palestin di fasiliti tahanan mereka. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending