Connect with us

Antarabangsa

Gereja England enggan definisikan perkataan ‘wanita’

Gereja England enggan memberi definisi untuk perkataan ‘wanita’ dan perkara itu telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai isu transgender dalam kalangan pengguna internet.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Gereja England
  • Keengganan pihak gereja untuk mendefinisikan perkataan ‘wanita’ telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai isu transgender di internet.
  • Pendirian pihak gereja mengundang kritikan.
  • Walau dikritik, pihak gereja memilih untuk berdiam diri.

ENGLAND – Gereja England enggan memberi definisi untuk perkataan ‘wanita’ dan perkara itu telah mencetuskan perdebatan hangat mengenai isu transgender dalam kalangan pengguna internet.

Dalam sebuah kenyataannya baru-baru ini, pihaknya memberitahu bahawa langkah “berhati-hati” diperlukan ketika cuba memberi maksud perkataan tersebut.

Soalan ditanya tentang pendekatan pihak gereja dalam memberi definisi seorang wanita.

“Tidak ada definisi rasmi untuk menerangkan perkataan tersebut,” jawab Rt Rev Robert Innes yang merupakan uskup di gereja berkenaan.

Beliau berpendapat bahawa definisi seorang wanita adalah sesuatu yang jelas dan tidak ada cara lebih mudah lagi bagi mentakrifkannya.

Namun, kenyataan tersebut telah dibidas Calvin Robinson di Twitter.

Menurutnya, “Definisi ‘wanita’ bukanlah masalah moral yang kompleks. Hal ini terbukti melalui kebenaran saintifik dan Alkitab (Bible).

Soalnya lagi, “Bagaimana anda boleh percayakan seseorang yang tidak mampu mengakui fakta asas sebegitu?”

Walaupun telah menerima kritikan berkenaan isu tersebut, pihak gereja masih belum memberikan apa-apa respon melalui media sosialnya.

Isu hak asasi dan transgender dibangkitkan semula baru-baru ini selepas satu penerbitan dokumentari oleh Matt Walsh, seorang pengulas konservatif yang bertajuk ‘What Is A Woman?’

(Sumber: HITC)

Author