Connect with us

Terkini

Dewan Rakyat lulus RUU anti-lompat parti

Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.

Wartawan TMT

Published

on

Dewan Rakyat
Foto: Dewan Rakyat.
  • Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.
  • 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong dan 11 lagi tidak hadir.
  • Pembentangan RUU anti-lompat parti adalah salah satu syarat utama memorandum persefahaman (MoU) antara Datuk Seri Ismail dan Pakatan Harapan (PH).
  • “Undang-undang ini akan menjadi penamat kepada mereka yang berniat untuk mengkhianati rakyat,”- Pemimpin PH.

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat sebulat suara meluluskan Rang Undang-undang (RUU) anti-lompat parti melalui undi belah bahagi selepas bacaan ketiga.

RUU itu diluluskan selepas perbahasan selama dua hari bermula semalam melibatkan 54 Ahli Parlimen.

Semasa undi belah bahagi yang diumumkan Speaker Dewan Rakyat Rakyat Azhar Harun, seramai 209 Ahli Parlimen mengundi menyokong dan 11 lagi tidak hadir.

Penggubalan akta anti-lompat parti memerlukan sokongan dua pertiga majoriti di Parlimen bagi meminda Perkara 10 (1)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Ia memerlukan sekurang-kurangnya 148 sokongan daripada Ahli Parlimen atau dua pertiga bagi membolehkan ia diluluskan dan menjadi sebahagian Perlembagaan Malaysia kelak.

RUU itu dibentangkan untuk bacaan kali kedua oleh Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob semalam dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Wan Junaidi Tuanku Jaafar menggulung perbahasan RUU hari ini.

Pembentangan RUU anti-lompat parti adalah salah satu syarat utama memorandum persefahaman (MoU) antara Ismail dan Pakatan Harapan (PH).

Semasa sesi perbahasan, Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH-Hang Tuah Jaya) menyifatkan RUU itu sebagai “kemenangan untuk rakyat” dan berharap ia akan membawa kepada lebih ramai pengundi keluar mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

“(Undang-undang ini akan menjadi) penamat kepada mereka yang berniat untuk mengkhianati rakyat,” katanya semasa perbahasan sambil menambah RUU itu adalah hasil positif kerjasama antara kerajaan dan PH.

Isnaraissah Munirah Majilis (Warisan-Kota Belud), berharap undang-undang itu dapat menamatkan trend lompat parti di Sabah sejak sekian lama.

“Sebagai orang Sabah, cukuplah dengan lompat-lompat (parti) ini. Sabah akan terus ketinggalan kerana lompat parti hanya menguntungkan pelompat dan bukannya rakyat,” katanya.

Awal bulan ini Wan Junaidi berkata, beliau menjangkakan undang-undang itu akan dilaksanakan, pada akhir September jika RUU itu diluluskan semasa mesyuarat Dewan Rakyat sidang ini.

Wan Junaidi ketika menggulung, berkata beliau berterima kasih kepada Ismail yang sangat komited berhubung pindaan perlembagaan berkenaan

Beliau menekankan kepentingan dalam proses perbincangan dan libat urus yang telah diadakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas bermula April 2022.

“Semangat tolak ansur dan kesediaan untuk berunding diterapkan supaya kita boleh mencapai satu kata sepakat dalam penggubalan rang undang-undang seperti mana Ahli Yang Berhormat lihat pada hari ini.

“Oleh itu, setiap orang di Dewan yang mulia ini perlu dengan izin ‘vote according to your conscience’,” katanya.

Wan Junaidi berkata, beliau setuju RUU itu bukan penyelesaian 100% kepada semua permasalahan yang timbul.

Bagaimanapun, katanya kelulusan yang diperoleh Dewan Rakyat itu merupakan langkah pertama.

 

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

(VIDEO) Israel negara zionis, bukannya negara Yahudi – Rabbi Yisroel Dovid Weiss

Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

A.R. Khan

Published

on

Foto: Rabbi Yahudi, Yisroel Dovid Weiss (kiri) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).

KUALA LUMPUR – Israel adalah negara zionis dan bukannya sebuah negara Yahudi, kata Rabbi Yisroel Dovid Weiss.

Rabbi Yahudi itu yang juga Aktivis dan Jurucakap Neturei Karta berkata, ini kerana penubuhan negara haram itu adalah tindakan jahat gerakan zionis dan sebenarnya tiada kaitan dengan agama Yahudi.

Neturei Karta adalah organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis.

“Berhati-hati, jangan panggil ia satu negara Yahudi, jangan kata ia Yahudi, kerana itulah apa yang Netanyahu dan negara jahat mereka mahukan, panggil ia zionisme negara Israel. Dan bezakan dengan jelas antara agama Yahudi dan negara (zionis itu),” katanya ketika berucap di Persidangan Coalition of Malaysian Non-Governmental Organisation: Free Palestine Colloquium di Perdana Leadership Foundation, Putrajaya, dekat sini semalam.

Turut hadir bekas Menteri Luar, Tan Sri Rais Yatim; Bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, Dr Hans-Christof von Sponeck; Calon Hadiah Keamanan Nobel 2024, Dr Maung Zarni; dan Pengerusi Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) Malaysia, Prof Dr Mohd Nazari Ismail.

Ditanya pandangannya mengenai kumpulan Palestin sama ada ia adalah gerakan berasaskan politik atau agama, Rabbi Yahudi itu menjawab apa sahaja tujuan mereka, tindakan menghukum dan mengganggu urusan kumpulan Palestin tidak sepatutnya berlaku.

Beliau berkata kumpulan Palestin tidak membenci Yahudi tetapi yang menentang Yahudi dan penduduk Palestin adalah kerajaan pendudukan haram zionis.

“Rakyat Palestin, itu tanah mereka dan apa sahaja yang mereka lakukan, kamu tidak pergi gali ke dalam hati dan jiwa negara lain, tanya apa yang mereka lakukan, mengapa mereka melakukannya, mengapa dilakukan? apa kerajaannya? itu bukan urusan kita.

“Itu Palestin (yang merupakan) milik rakyat Palestin. Dan orang Yahudi sejak hari pertama, saya boleh tunjukkan kepada kamu, apabila mereka melantik presiden PLO (Yasser Arafat) yang menubuhkan Pihak Berkuasa Palestin.

“Salah seorang Rabbi kami adalah wakil Yahudi di dalam Pihak Berkuasa Palestin. Kamu perlu tahu zionis tuang asid ke wajahnya, butakan sebelah matanya. 

“Ini ketika kami di Gaza, kami bertemu Ismail Haniyeh ketika dia Perdana Menteri, dan dia juga menyambut kami, dia berkata, “Kami tidak menentang Yahudi,” dan mereka juga berhati-hati kerana mereka harus membezakan, mereka tidak menentang Yahudi atau agama Yahudi, tetapi hanya menentang pendudukan (haram zionis),” kata Yisroel.

Dalam penjelasannya, Rabbi Yahudi itu turut menunjukkan gambar aktiviti dan protes ribuan ahli organisasi antarabangsa Yahudi Ortodoks anti-Zionis di sekitar Washington dan Jerusalem.

Organisasi itu turut menegaskan bahawa negara haram Israel tidak layak mentadbir tanah suci Baitulmaqdis dan Netanyahu serta kerajaan Israel tidak sama sekali mewakili dunia Yahudi secara keseluruhannya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending