Antarabangsa
Amerika Syarikat sokong dasar pendidikan negara diubah mesra LGBT
AmeriCorps, sebuah agensi di bawah naungan kerajaan Amerika Syarikat, menyatakan kesiapsiagaan untuk membayar ahlinya sekiranya mahu berkhidmat sebagai penganjur komuniti bagi sebuah organisasi yang memperjuangkan teori LGBT.
- Agensi kerajaan persekutuan Amerika Syarikat, AmeriCorps menunjukkan sokongannya terhadap sebuah pertubuhan menyokong LGBT iaitu Gay, Lesbian, Straight, Education Network (GLSEN).
- GLSEN mahu memperbaharui sistem kurikulum sekolah sedia ada yang tidak mesra golongan LGBT di seluruh Washington.
- Mereka mahu pihak sekolah benarkan lelaki menggunakan bilik persalinan wanita dan bertanding dalam kategori sukan wanita.
- GLSEN antara organisasi memberikan bahan tidak senonoh kepada pelajar sekolah dan menganjurkan acara mengajar tarian berunsur seksual kepada kanak-kanak.
WASHINGTON – AmeriCorps, sebuah agensi di bawah naungan kerajaan Amerika Syarikat, menyatakan kesiapsiagaan untuk membayar ahlinya sekiranya mahu berkhidmat sebagai penganjur komuniti bagi sebuah organisasi yang memperjuangkan teori LGBT.
Gay, Lesbian, Straight, Education Network (GLSEN) adalah sebuah organisasi yang memperjuangkan teori gender termasuk LGBT dan menuntut kurikulum dan dasar pendidikan sedia ada di Amerika Syarikat diubah.
Bagi GLSEN, perubahan tersebut perlu dilakukan supaya kurikulum sekolah turut mengiktiraf golongan LGBT sebagai salah satu jantina selain lelaki dan wanita.
Sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan GLSEN, ahli AmeriCorps akan turut sama terlibat dalam program outreach dan komuniti di Washington yang dijalankan organisasi berkenaan.
Agensi terbabit turut menjelaskan bahawa ahli yang dipilih akan dibayar bagi menyokong pelajar dan warga pendidik demi mewujudkan perubahan dan ‘membaik pulih’ situasi pembelajaran pelajar-pelajar LGBT di seluruh Washington.
Organisasi terbabit juga percaya bahawa pihak sekolah perlu membenarkan lelaki menggunakan bilik persalinan wanita dan bertanding di dalam sukan kategori wanita.
Namun, laporan dari Discover the Networks mendapati organisasi tersebut bukan sahaja terlibat dalam aktiviti sosial malah turut menawarkan bahan dan maklumat tidak senonoh kepada pelajar sekolah.
GLSEN juga dilaporkan pernah bekerjasama dengan jenama Nike dan YMCA menganjurkan sebuah acara untuk mengajar kanak-kanak sebuah tarian yang popular dalam kalangan kelompok LGBT, yang mana pengajar jemputannya merupakan salah seorang pekerja seks dari OnlyFans (laman web untuk pekerja seks secara maya).
Sumber : BREITBART