Connect with us

Terkini

“Pusing ikut mana sekalipun penglibatan ‘politikus’ dalam kehilangan tanah rizab melayu pasti ada” – Aktivis

Isu ‘kehilangan’ tanah rizab Melayu bukan perkara kecil sebaliknya isu besar membabitkan maruah orang Melayu. 

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

“Pusing ikut mana sekalipun penglibatan ‘politikus’ dalam kehilangan tanah rizab melayu pasti ada” - Aktivis
Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Polemik ‘kehilangan’ tanah rizab Melayu adalah isu besar membabitkan maruah orang Melayu kerana ia dijual ribuan ekar kepada bukan Melayu.
  • Aktivis Pertubuhan MUAFAKAT, Rashidi Haris berkata, Raja-Raja Melayu mahukan Tanah Simpanan Melayu berada pada nisbah sehingga 50 peratus di tangan Melayu.
  • “Bilangan banyak dan sehingga hari ini masih gagal digantikan dan lebih menyedihkan ia terus diterokai dengan jumlah beribu-ribu ekar,” katanya.

BANGI, 10 Jamadilakhir 1444H, Selasa – Isu ‘kehilangan’ tanah rizab Melayu bukan perkara kecil sebaliknya isu besar membabitkan maruah orang Melayu. 

Aktivis Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (MUAFAKAT), Haji Rashidi Haris berkata, ia menjadi polemik apabila penjualan tanah rizab Melayu sehingga ribuan ekar kepada bukan Melayu.

Sedangkan katanya, Raja-Raja Melayu menyebut dalam wasiat yang disampaikan pada 1957 mahukan Tanah Simpanan Melayu berada pada nisbah sehingga 50 peratus di tangan orang Melayu yang merupakan rakyat asal bagi negara ini.

“Tanpa menuduh sesiapa rakyat juga harus tahu bagaimana kawasan tanah kosong dan rizab boleh diketahui umum dan proses penjualan berjalan lancar seperti ada penglibatan dalaman? 

“Apapun faktanya isu kehilangan tanah rizab adalah benar dan sedang berlaku malah telahpun berlaku. 

“Bilangan banyak dan sehingga hari ini masih gagal digantikan dan lebih menyedihkan bukan setakat tidak diganti tetapi terus diterokai dengan jumlah beribu-ribu ekar,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini. 

Dalam pada itu, Haji Rashidi tidak menolak kemungkinan penglibatan ahli politik dalam isu berkenaan. 

“Pusing ikut mana sekalipun penglibatan politikus dalam isu ini pasti ada. 

“Ternyata amanah supaya menjaga kepentingan rakyat dan harta orang Melayu hanyalah gimik politik semata-mata,” katanya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, pengurusan tanah rizab Melayu di Perak dikesan kurang cekap sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 3,214 hektar tanah rizab Melayu di Mukim Jaya Baru dan Sitiawan dipindah milik kepada bukan Melayu secara tidak sah. 

Tindakan itu bertentangan dengan Seksyen 19 Enakmen Rizab Melayu 142 dan tidak mengikut Seksyen 419 Kanun Tanah Negara. 

Bagaimanapun, Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Negeri Perak menegaskan tiada penyelewengan dalam isu pindah milik beribu hektar tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu seperti didedahkan akhbar berkenaan.

Sumber: Ismaweb

 

Author