Connect with us

Antarabangsa

Warga Turkiye bantah LGBT di Ankara

Satu lagi perhimpunan dan perarakan anti-LGBT diadakan di ibu negara Turkiye, Ankara pada Ahad menyasarkan kumpulan LGBT dan Konvensyen Istanbul yang tidak diteruskan di negara itu pada 2021.

Wartawan TMT

Published

on

Warga Turkiye bantah LGBT di Ankara
Foto: Perhimpunan dan perarakan anti-LGBT diadakan di ibu negara Turkiye, Ankara pada Ahad.
  • Perhimpunan bantah LGBT kali kedua berlangsung di Ankara, Turkiye, dianjur Platform Masyarakat Awam, semalam (Ahad).
  • Menyasarkan kelompok LGBT dan Konvensyen Istanbul yang didakwa membawa ideologi songsang yang merosakkan institusi kekeluargaan di Turkiye.
  • Perhimpunan berlangsung selama kira-kira dua jam.
  • Peserta memegang sepanduk bertulis “Tidak kepada penyelewengan” dan “Keluarga adalah asas kepada masyarakat” sambil melaungkan takbir.

Satu lagi perhimpunan dan perarakan anti-LGBT diadakan di ibu negara Turkiye, Ankara pada Ahad menyasarkan kumpulan LGBT dan Konvensyen Istanbul yang tidak diteruskan di negara itu pada 2021.

Perhimpunan yang kali kedua diadakan di negara itu dianjurkan Platform Masyarakat Awam.

Peserta memegang sepanduk bertulis “Tidak kepada penyelewengan” dan “Keluarga adalah asas kepada masyarakat”.

Mereka turut melaungkan slogan seperti “Tidak kepada gerakan global yang sesat”, “Hentikan ajaran sesat” dan “Mari kita lindungi keluarga bersama-sama ” dalam bahasa Turki sambil melaungkan takbir.

Perhimpunan itu menyaksikan penutupan lalu lintas di Jalan Anafartalar selama kira-kira dua jam.

Ketua Platform Masyarakat Awam Ankara, Mustafa Kir menyasarkan Konvensyen Istanbul dan mendakwa kontrak itu merosakkan struktur keluarga di Turkiye.

“Tujuan Konvensyen Istanbul digambarkan untuk melindungi keganasan dan rogol terhadap wanita. Sebenarnya, ia adalah projek global berbahaya yang bertujuan memperkasakan LGBT, mengganggu struktur keluarga tradisional dan mengurangi keturunan kita. Kesaksamaan gender adalah projek pengkhianatan. Kita perlu memimpin saudara-saudara kita yang terlibat dalam penyelewengan dan membawa mereka kembali kepada kehidupan normal,” katanya.

Terdahulu, perhimpunan membantah LGBT yang pertama diadakan di daerah Fatih pada 18 September lalu. 

Pemerhati media dan Majlis Tinggi Televisyen dan Radio (RTUK) melabelkan video promosi perarakan itu sebagai “pengumuman perkhidmatan awam”.

Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan menandatangani dekri presiden pada 20 Mac 2021, meninggalkan Konvensyen Istanbul yang dikatakan bertujuan melindungi wanita daripada keganasan. 

Pada 1 Julai 2021, Turkiye secara rasmi meninggalkan konvensyen itu, mencetuskan bantahan besar-besaran dan kemarahan kumpulan hak wanita yang percaya perjanjian itu penting walaupun dikatakan mempunyai tujuan sebaliknya.

Sumber: Duvar English

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Perang Gaza: Turkiye akhirnya henti perdagangan dengan Israel

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Luar Israel, Israel Katz (kiri) dan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan (kanan).
  • Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.
  • “Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.
  • “Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.
  • Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.
  • Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye menggantung semua perdagangan dengan Israel berkuat kuasa serta-merta berikutan krisis kemanusiaan di Gaza, demikian umum Kementerian Perdagangan Turkiye pada Khamis.

“Urus niaga eksport dan import yang berkaitan dengan Israel telah dihentikan, meliputi semua produk.

“Turkiye akan melaksanakan langkah-langkah baharu ini dengan tegas dan jelas sehingga Kerajaan Israel membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan mencukupi dan tidak terganggu ke Gaza,” kata kementerian itu dipetik Middle East Eye.

Menteri Luar Israel, Israel Katz mengkritik tindakan itu di platform media sosial X mengatakan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan berkelakuan seperti “seorang diktator”.

Katz mendakwa Erdogan melanggar perjanjian dua hala antara kedua-dua negara dan berkata negara itu akan berusaha mewujudkan alternatif perdagangan dengan negara lain.

Turkiye dan Israel mempunyai perjanjian perdagangan bebas yang berkuat kuasa sejak 1997.

Jumlah dagangan antara kedua-dua negara ialah $6.3 bilion pada 2023, di mana 76 peratus daripadanya eksport Turkiye, demikian menurut Institut Statistik Turkiye. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending