Connect with us

Terkini

Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik – Speaker Dewan Negara

Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Akta Parlimen Berpenggal Tetap bukan tidak demokratik – Speaker Dewan Negara
Foto: Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  • Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
  • Beliau berkata banyak negara telah melaksanakan sistem itu yang mengekalkan kerajaan dalam tempoh penggal tertentu.
  • “Kalau kita lihat ini (parlimen berpenggal tetap) sebagai tidak demokratik, banyak negara di dunia ini (disifatkan sebagai) tidak demokratik sebab penggal (kerajaan) mereka adalah tetap.
  • “…bermakna di Amerika Syarikat, Filipina atau Indonesia itu juga (akan dianggap) tidak demokratik sebab penggal (presiden) mereka adalah tetap,” katanya dalam sesi soal jawab program Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk “Akta Antilompat Parti dan Kestabilan Kerajaan” di sini hari ini.

KAJANG: Akta Parlimen Berpenggal Tetap tidak boleh dianggap sebagai tidak demokratik, kata Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata banyak negara telah melaksanakan sistem itu yang mengekalkan kerajaan dalam tempoh penggal tertentu.

“Kalau kita lihat ini (parlimen berpenggal tetap) sebagai tidak demokratik, banyak negara di dunia ini (disifatkan sebagai) tidak demokratik sebab penggal (kerajaan) mereka adalah tetap.

“…bermakna di Amerika Syarikat, Filipina atau Indonesia itu juga (akan dianggap) tidak demokratik sebab penggal (presiden) mereka adalah tetap,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab program Bicara Tokoh anjuran Majlis Profesor Negara (MPN) bertajuk “Akta Antilompat Parti dan Kestabilan Kerajaan” di sini hari ini.

Bagaimanapun Wan Junaidi berkata Akta Parlimen Berpenggal Tetap, sekiranya dikuatkuasakan, akan menggugurkan kuasa Perdana Menteri untuk menentukan tarikh Pilihan Raya Umum (PRU).

“Kalau kita tetapkan tarikh PRU dalam masa lima tahun, maknanya kuasa Perdana Menteri itu yang kita tarik sebenarnya, iaitu untuk menentukan bila boleh menghadap Yang di-Pertuan Agong untuk mohon baginda membubarkan Dewan Rakyat.

“Walaupun dalam Perlembagaan mengatakan Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa iaitu kuasa yang kedua untuk menangguhkan pembubaran Dewan Rakyat apabila diminta Perdana Menteri, tetapi berapa lama Yang di-Pertuan Agong menangguhkan itu tidak ada disebut,” katanya.

Pada 13 Januari lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan supaya satu rang undang-undang bagi mengekalkan sesebuah kerajaan mentadbir negara sehingga ke akhir penggal dibentangkan di Parlimen.

Cadangan itu dikemukakan bagi memastikan tidak berlaku lagi peristiwa seperti pertukaran Perdana Menteri sebanyak tiga kali pada penggal Parlimen ke-14 pada masa hadapan. – BERNAMA

Sumber: BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *