Connect with us

Antarabangsa

LGBT: larangan kahwin sejenis selari perlembagaan Jepun

Mahkamah Jepun memutuskan larangan perkahwinan sesama jenis tidak melanggar perlembagaan negara itu pada Isnin lepas.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

LGBT kahwin sejenis di jepun
Foto: Margate Pride

TOKYO, JEPUN – Mahkamah Jepun memutuskan larangan perkahwinan sesama jenis tidak melanggar perlembagaan negara itu pada Isnin lepas. Hal ini berikutan permintaan 3 pasangan sejenis yang mendakwa larangan itu melanggar hak mereka.

Selain itu, hal ini turut mendapat persetujuan kedua oleh Mahkamah Daerah Osaka. Ini kerana penolakan keputusan larangan ini pernah berlaku tahun lepas di Mahkamah Sapporo yang turut memutuskan perkahwinan sesama jenis sebagai tidak berperlembagaan.

Penolakan keputusan mahkamah itu dibuat kerana pasangan sesama jenis akan kehilangan hak seperti perkahwinan yang sah serta tidak boleh mewarisi harta pusaka mereka dan menikmati hak ibu bapa ke atas anak pasangan mereka berdasarkan undang-undang semasa.

Ini menunjukkan betapa hal ini mempunyai pendapat yang berbeza di negara Jepun yang merupakan satu-satunya negara perindustrian dalam kalangan G7 yang larangan perkahwinan sesama jenis.

Sumber: NPR

 

Author