Connect with us

Terkini

Betulkan kekeliruan masyarakat tentang Akta Hasutan – Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memohon pihak kerajaan melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Betulkan kekeliruan masyarakat tentang Akta Hasutan – Musa Hassan
Foto: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.
  • Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memohon pihak kerajaan melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948.
  • Katanya, naskhah Akta Hasutan 1948 terbitan International Law Book Services (ILBS) bagi keluaran sehingga 25 April 2022 yang diperoleh di kedai buku tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).
  • Ketika isu 3R (Raja, agama dan kaum) ini kembali hangat di era pemerintahan Kerajaan Perpaduan, beliau mendapatkan kembali naskah akta hasutan itu, katanya.
  • “Namun amat mengejutkan apabila naskhah Akta Hasutan 1948 yang saya dapatkan atas tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).
  • “Saya percaya Akta Hasutan 1948 (Pindaan 2015) berkenaan mendapat perkenan di Raja pada 28 Mei 2015 dan disiarkan di dalam Warta pada 4 Jun 2015,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan memohon pihak kerajaan melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948.

Ini kerana, katanya, naskhah Akta Hasutan 1948 terbitan International Law Book Services (ILBS) bagi keluaran sehingga 25 April 2022 yang diperoleh di kedai buku tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).

Beliau berkata, ketika isu 3R (Raja, agama dan kaum) ini kembali hangat di era pemerintahan Kerajaan Perpaduan, beliau mendapatkan kembali naskah akta hasutan itu.

“Namun amat mengejutkan apabila naskhah Akta Hasutan 1948 yang saya dapatkan atas tidak mengandungi pindaan Akta Hasutan 1948 (pindaan 2015) (Akta A1485).

“Saya percaya Akta Hasutan 1948 (Pindaan 2015) berkenaan mendapat perkenan di Raja pada 28 Mei 2015 dan disiarkan di dalam Warta pada 4 Jun 2015,” katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, ini bermakna akta pindaan berkenaan sudah sempurna untuk dikuatkuasakan bermula daripada tarikh warta.

“Namun apabila saya mendapati salinan buku Akta Hasutan 1948 (hingga 25 April 2022) tidak mengandungi Akta pindaan 2015 berkenaan, timbul persoalan sama ada siasatan polis berkaitan isu 3R sekarang yang menggunakan Akta Hasutan 1948 masih menggunakan Akta lama (sebelum pindaan) atau Akta baru yang dipinda pada 2015?

“Contohnya sebelum pindaan 2015, adalah kesalahan berkecenderungan menghasut mengikut Seksyen 3(1)(a) untuk menghasut membenci kerajaan. 

“Mengikut Seksyen 3(1)(c) Akta Hasutan, adalah kesalahan menghasut jika mendatangkan kebencian terhadap pentadbiran sistem keadilan di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata, selepas pindaan 2015, kedua-dua seksyen berkenaan dimansuhkan.

“Jadi saya hairan mengapa akta sepenting ini yang diterbitkan oleh ILBS dan dijual kepada orang ramai masih tidak mengadaptasi pindaan 2015 yang dibuat.

“Saya memohon pihak Kerajaan Malaysia melalui Menteri Undang-undang segera memperbetulkan kekeliruan masyarakat berkaitan pemakaian Akta Hasutan 1948 ini,” katanya.

Katanya, beliau bersetuju dalam kemajmukan rakyat Malaysia, isu berkaitan Raja-raja, agama dan kaum tidak boleh sewenangnya diucapkan dalam nada yang boleh menggugat keamanan hubungan antara kaum. 

“Ketika saya berkhidmat dalam pasukan polis, isu ini tetap menjadi antara keutamaan pihak polis untuk dikawal supaya tidak merebak menjadi masalah yang boleh menggugat keselamatan negara,” katanya.

Menurutnya, sekitar 2014, beliau adalah antara individu yang menentang hasrat beberapa pihak ketika itu yang mendesak kerajaan memansuhkan Akta Hasutan 1948. 

“Saya merasakan Akta Hasutan 1948 masih relevan untuk mengawal ucapan yang berkecenderungan menghasut termasuk isu 3R berkenaan.

“Alhamdulillah, pada 2015, Kerajaan Malaysia tidak tunduk dengan desakan untuk memansuhkan Akta Hasutan 1948 tetapi pihak kerajaan meminda Akta Hasutan 1948 terbabit dengan beberapa pindaan dengan tujuan menambahbaik elemen kawalan dalam Akta Hasutan 1948 sesuai dengan situasi semasa,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *