Terkini
Hadir ke tempat maksiat tetap kesalahan – Mufti Kelantan
Tidak timbul isu sama ada individu itu dari pusat tahfiz atau tidak, mahupun memakai jubah, serban serta bersongkok, sekiranya hadir ke tempat maksiat ia tetap satu kesalahan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
- Tidak timbul isu sama ada individu itu dari pusat tahfiz atau tidak, mahupun memakai jubah, serban serta bersongkok, sekiranya hadir ke tempat maksiat ia tetap satu kesalahan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
- Beliau berkata, faktor pemakaian dan penampilan individu tidak boleh menjadi ukuran untuk menilai seseorang, asalkan majlis yang dihadiri dibenarkan mengikut hukum syarak.
- “Bagaimanapun sekiranya mereka hadir ke tempat maksiat, maka itu tetap satu kesalahan.
- “Rukun Islam tidak ada double standard (pilih kasih),” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadi, di sini, hari ini.
- Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas kontroversi sekumpulan pelajar tahfiz yang diundang ke konsert Kepci Music Fest di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.
Kota Bharu: Tidak timbul isu sama ada individu itu dari pusat tahfiz atau tidak, mahupun memakai jubah, serban serta bersongkok, sekiranya hadir ke tempat maksiat ia tetap satu kesalahan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Beliau berkata, faktor pemakaian dan penampilan individu tidak boleh menjadi ukuran untuk menilai seseorang, asalkan majlis yang dihadiri dibenarkan mengikut hukum syarak.
“Bagaimanapun sekiranya mereka hadir ke tempat maksiat, maka itu tetap satu kesalahan.
“Rukun Islam tidak ada double standard (pilih kasih),” katanya ketika ditemui media selepas merasmikan Program Malaysia #QuranHour di Masjid Muhammadi, di sini, hari ini.
Beliau memberi reaksi itu bagi mengulas kontroversi sekumpulan pelajar tahfiz yang diundang ke konsert Kepci Music Fest di Shah Alam, Selangor, Sabtu lalu.
Ramai yang mempertikaikan tindakan menjemput pelajar tahfiz berkenaan yang dianggap tidak sesuai untuk menghadiri acara hiburan sebegitu.
Mengulas lanjut, Mohamad Shukri menegaskan, umat Islam di negara ini tidak wajar menghadiri konsert yang boleh menimbulkan kemaksiatan.
“Apabila hadir ke sesebuah konsert, ia sepatutnya (konsert yang dianjurkan dengan mengikut syarak) untuk lebih mendekatkan diri kita kepada Allah SWT dan merasakan kita adalah hamba-Nya.
“Namun, sekiranya kita hadir (sesuatu konsert) dan lupa kepada diri serta Allah SWT, maka ia tidak diizinkan, kita sembahyang pun ingat kepada Allah jadi (hadiri) konsert pun biarlah konsert yang mendekatkan diri kepada-Nya,” katanya.
Sumber: Harian Metro