Terkini
PN promosi fahaman ekstremis, provokasi kebencian kaum
Perikatan Nasional (PN) cuba mempromosi fahaman ekstremisme dan provokasi kebencian antara kaum, demikian dakwaan sebuah video bahasa Mandarin yang dikongsikan di media sosial sejak minggu lalu.
- Perikatan Nasional (PN) cuba mempromosi fahaman ekstremisme dan provokasi kebencian antara kaum, demikian dakwaan sebuah video bahasa Mandarin yang dikongsikan di media sosial sejak minggu lalu.
- Video itu antara lain dimuat naik di laman Facebook bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Superman Hew’ pada 4 Ogos lalu.
- Antara mesej terkandung dalam video dimuat naik Kuan Yau itu ialah enam sebab kenapa pengundi perlu turun mengundi pada Sabtu ini, antara lain, untuk menolak ekstremisme dibawa PN.
- “Kerajaan negeri yang ditadbir PN asyik melaksanakan dasar konservatif. Larangan arak, larangan judi, larangan konsert. Malah mengawal pemakaian orang bukan Muslim,” dakwa video itu.
- Kuan Yau sebelum ini ditahan polis pada 23 November tahun lalu kerana insiden ucapan berbaur perkauman dalam ceramah PH pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu.
Perikatan Nasional (PN) cuba mempromosi fahaman ekstremisme dan provokasi kebencian antara kaum, demikian dakwaan sebuah video bahasa Mandarin yang dikongsikan di media sosial sejak minggu lalu.
Video itu antara lain dimuat naik di laman Facebook bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau yang lebih dikenali dengan panggilan ‘Superman Hew’ pada 4 Ogos lalu.
Ia dipercayai ada kaitan dengan usaha pihak tertentu untuk meraih sokongan pengundi Cina pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.
Antara mesej terkandung dalam video dimuat naik Kuan Yau itu ialah enam sebab kenapa pengundi perlu turun mengundi pada Sabtu ini, antara lain, untuk menolak ekstremisme dibawa PN.
Selain memastikan kestabilan politik dan membangunkan ekonomi, video itu menyeru rakyat keluar mengundi bagi menghalang kuasa konservatif dan ekstremis PN daripada berkuasa.
“Malaysia merupakan negara berbilang bangsa dan budaya. Setiap kaum saling menghormati dan harmoni.
“Namun, kerajaan negeri yang ditadbir PN asyik melaksanakan dasar konservatif. Larangan arak, larangan judi, larangan konsert. Malah mengawal pemakaian orang bukan Muslim,” dakwa video itu.
Video dalam bahasa Mandarin itu berkata, rakyat memerlukan kerajaan pragmatik dan berkhidmat untuk negara, bukannya parti politik yang bersaing kuasa, menggunakan hujah agama dan bangsa untuk memperdayakan rakyat.
Ia juga menyeru masyarakat mengundi gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan keharmonian dan kepelbagaian bangsa serta budaya di Malaysia.
Video itu turut mendakwa PN cuba mempromosikan fahaman ekstremisme dan memprovokasi kebencian antara kaum.
Kuan Yau sebelum ini ditahan polis pada 23 November tahun lalu kerana insiden ucapan berbaur perkauman dalam ceramah PH pada kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu. – The Merdeka Times
Sumber: Facebook Hew Kuan Yau