Terkini
Haram jatuhkan pemimpin yang baik
Hukum menjatuhkan pemimpin yang terbukti menjalankan tugasnya dengan baik adalah haram.
- Hukum menjatuhkan pemimpin yang terbukti menjalankan tugasnya dengan baik adalah haram.
- Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pandangan itu disandarkan kepada sebuah hadis sahih yang dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak daripada riwayat Ibnu ‘Abbas.
- “Menerusi hadis ini telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, barang siapa melantik seseorang menjadi pemimpin ke atas orang-orang beriman sedangkan (terdapat) dalam kalangan mereka orang yang lebih baik daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.
- “Oleh itu, saya berpandangan sekiranya didapati dengan bukti-bukti yang menyakinkan bahawa seseorang itu adalah pemimpin yang terbaik maka adalah haram dia dijatuhkan,” katanya, di sini semalam.
GEORGE TOWN: Hukum menjatuhkan pemimpin yang terbukti menjalankan tugasnya dengan baik adalah haram.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor berkata, pandangan itu disandarkan kepada sebuah hadis sahih yang dikeluarkan oleh al-Hakim di dalam al-Mustadrak daripada riwayat Ibnu ‘Abbas.
“Menerusi hadis ini telah diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda, barang siapa melantik seseorang menjadi pemimpin ke atas orang-orang beriman sedangkan (terdapat) dalam kalangan mereka orang yang lebih baik daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman.
“Oleh itu, saya berpandangan sekiranya didapati dengan bukti-bukti yang menyakinkan bahawa seseorang itu adalah pemimpin yang terbaik maka adalah haram dia dijatuhkan,” katanya, di sini semalam.
Beliau mengulas mengenai klip video yang tular membabitkan pemimpin sebuah parti politik yang menyatakan hukum untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada iaitu kerajaan gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) adalah wajib.
Mengulas lanjut, Wan Salim berkata, apabila seseorang pemimpin dilantik secara sah maka adalah haram dia dijatuhkan.
“Adapun keabsahan atau legitimasi kepimpinan adalah terhasil dengan dua faktor iaitu menegak syariat Allah dan kedua, kerelaan umat Islam.
“Penegakan syariat bukan dengan percakapan tetapi dengan tindakan seperti melaksanakan keadilan, kebajikan untuk rakyat, membasmi kemiskinan, memerangi kefasadan dan kemungkaran termasuk rasuah dan sebagainya,” katanya.
Tambahnya, keredaan muslimin pula dicapai melalui persetujuan antara bakal pemimpin dengan rakyat yang disebut bay’ah yang bererti jual-beli.
“Ini adalah kerana pemerintahan adalah sejenis transaksi seperti jual-beli dan ia tertegak dengan saling meredai atau ‘mutual consent’.
“Dalam sistem demokrasi masa kini bay’ah diterjemahkan ke dalam bentuk undi pilihan raya bebas untuk memilih wakil rakyat Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN),” katanya.
Dalam pada itu, beliau berkata, agama boleh digunakan di dalam politik tetapi untuk tujuan membina seperti usaha meratakan keadilan dan kebajikan di dalam masyarakat, menghormati perlembagaan negara.
Sumber: Kosmo