Connect with us

Terkini

Ulama perlu main peranan penting atasi masalah murtad – Mufti Pulau Pinang

Ramai ulama masih belum menunaikan tanggungjawab yang mencukupi dalam usaha menangani masalah murtad di negara ini.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Ulama perlu main peranan penting atasi masalah murtad - Mufti Pulau Pinang
Foto: Mufti Pulau Pinang, Dato’ Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
  • Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata ulama perlu menjelaskan keperluan agama, khususnya kepada generasi muda bagi memastikan mereka memiliki pendidikan agama yang kukuh.
  • “Jika mereka tidak disediakan dengan pendidikan agama yang kukuh, maka kepemimpinan mereka di masa mendatang akan jadi kucar-kacir.”
  • Beliau berkata, golongan murtad dikategorikan sebagai individu yang melakukan jenayah terhadap agama.
  • Beliau menjelaskan, ia boleh berlaku dengan tiga cara iaitu murtad dari segi percaya kepada tuhan lain selain Allah dan mempercayai ada Rasul lain selepas Nabi Muhammad SAW.
  • “Murtad juga boleh berlaku melalui percakapan atau pertuturan, yang mana individu berkata sesuatu yang menghina agama, mencerca nabi dan mengaku ada tuhan lain.”
  • “Individu juga boleh dianggap murtad menerusi perbuatan. Sebagai contoh, sujud kepada berhala dan memijak al-Quran,” katanya.

KUALA LUMPUR: Ramai ulama masih belum menunaikan tanggungjawab yang mencukupi dalam usaha menangani masalah murtad di negara ini.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, berkata ulama perlu menjelaskan keperluan agama, khususnya kepada generasi muda bagi memastikan mereka memiliki pendidikan agama yang kukuh.

Beliau berkata, golongan muda perlu dilengkapi dengan pendidikan agama yang baik kerana mereka akan memimpin negara di masa depan.

“Jika mereka tidak disediakan dengan pendidikan agama yang kukuh, maka kepemimpinan mereka di masa mendatang akan jadi kucar-kacir.

“Keperluan agama ini sesuatu yang wajib dan tidak boleh dipandang enteng,” katanya kepada BH.

Wan Salim berkata, golongan murtad dikategorikan sebagai individu yang melakukan jenayah terhadap agama.

Beliau menjelaskan, ia boleh berlaku dengan tiga cara iaitu murtad dari segi percaya kepada tuhan lain selain Allah dan mempercayai ada Rasul lain selepas Nabi Muhammad SAW.

“Murtad juga boleh berlaku melalui percakapan atau pertuturan, yang mana individu berkata sesuatu yang menghina agama, mencerca nabi dan mengaku ada tuhan lain.

“Individu juga boleh dianggap murtad menerusi perbuatan. Sebagai contoh, sujud kepada berhala dan memijak al-Quran,” katanya.

BH baru-baru ini melaporkan, terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada gejala murtad dalam kalangan orang Islam di negara ini, termasuk pengaruh media massa, kelemahan pegangan agama, pengaruh negatif rakan sebaya, selain isu percintaan, perkahwinan dan perceraian.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata faktor itu dikesan kerajaan melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Ditanya mengenai tindakan berani segelintir pihak menganjurkan program yang tidak menghormati sensitiviti Islam seperti acara hot guy Thailand, Wan Salim berkata pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas menangani perkara itu.

“Perkara ini dilihat seperti adanya percubaan untuk mengetengahkan budaya hidup songsang dalam kalangan masyarakat.

“Media juga perlu memainkan peranan dalam menjelaskan mengapa perkara ini tidak boleh diketengahkan dalam kalangan masyarakat.

“Jika anak muda runtuh moralnya, maka masa depan akan menjadi gelap,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Mufti Perak, Datuk Zamri Hashim, berkata perlu ada gabungan beberapa elemen penting, termasuk pendidikan, dakwah dan penguatkuasaan undang-undang, bagi mengatasi gejala murtad.

Beliau berkata, ketidakseimbangan dalam pendekatan mengekang gejala itu akan menyebabkan masalah itu berlarutan.

“Sebagai contoh, jika dakwah dan pendidikan dijalankan tetapi pada masa sama, membiarkan pihak tertentu berterusan membuat provokasi terhadap agama Islam tanpa dikenakan tindakan undang-undang, ia akan menyumbang kepada gejala murtad dan mewujudkan suasana tidak harmoni sesama rakyat,” katanya.

Sumber: Berita Harian

Author