Connect with us

Terkini

Jika sanggup kompromi, Anwar akan jadi PM

Walaupun telah mendapat undi majoriti daripada ahli Parlimen, beliau menolak jawatan tersebut kerana tidak mahu bersubahat dengan jenayah rasuah.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Datuk Seri Anwar Ibrahim
Foto: Sumber Sinar Harian - Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengakui pernah ditawarkan jawatan Perdana Menteri (PM) jika sanggup berkompromi dengan memberikan jaminan untuk menutup kes mahkamah membabitkan pemimpin parti politik tertentu.
  • Walaupun telah mendapat undi majoriti daripada ahli Parlimen, beliau menolak jawatan tersebut kerana tidak mahu bersubahat dengan jenayah rasuah.
  • Beliau tegas dengan pendiriannya untuk memerangi isu rasuah.

SHAH ALAM – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pernah ditawarkan jawatan Perdana Menteri pada tahun lalu, namun menolaknya kerana beliau tidak mahu bersubahat dengan mana-mana pemimpin yang dikaitkan dengan rasuah.

Menurutnya, peluang itu diperoleh apabila beliau mendapat undian majoriti yang cukup menerusi sokongan akuan bersumpah (SD) daripada 105 ahli Parlimen pembangkang dan 15 daripada UMNO.

Walau bagaimanapun, Anwar menolak tawaran tersebut kerana mendakwa diminta memberikan jaminan untuk menutup kes mahkamah membabitkan pemimpin parti politik tertentu.

“Apa yang jelas, berapa banyak wang milik rakyat telah diambil oleh pemimpin ‘bodoh’ ini.

“Sebab itu, saya tidak mungkin menyokong rasuah dan kita akan lawan dalam pilihan raya umum akan datang,” tegas beliau.

“Jika anda mahu saya berjaya atau menjadi PM dengan tunduk kepada rasuah, maka pilihlah presiden lain,” katanya sewaktu Ucapan Dasar Presiden dan Perasmian Kongres Nasional Ke-16 PKR yang berlangsung di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini semalam.

Beliau memberitahu bahawa peluang menjadi Perdana Menteri diperoleh pada tahun lepas dan yang paling awal pada 1998 sekiranya sanggup berkompromi dengan jenayah rasuah dan penyelamatan yang tidak munasabah.

“Nota untuk saya menjadi Perdana Menteri telah pun ditandatangani dan dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) tetapi saya tidak menjadi Perdana Menteri kerana saya enggan menyokongnya.”

Sumber: Sinar Harian

 

 

Author