Connect with us

Terkini

Bajet 2023: B40 penting tetapi M40 juga diberi perhatian – PM

Perdana Menteri memberi jaminan setiap lapisan masyarakat akan mendapat manfaat menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang semula 24 Februari.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Perdana Menteri memberi jaminan setiap lapisan masyarakat akan mendapat manfaat menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang semula 24 Februari.
Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan).
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan setiap lapisan masyarakat akan mendapat manfaat menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang semula 24 Februari ini.
  • Pentadbiran saya tidak akan meminggirkan mana-mana kumpulan masyarakat dan masih memperinci bajet itu. – Datuk Seri Anwar Ibrahim
  • Sebelum ini, ada rungutan dalam kalangan M40 berasa sering dipinggirkan kerajaan berban­ding kelompok B40 setiap kali bajet dibentang sedangkan mereka adalah pe­nyumbang terbesar pada kewangan kerajaan.

BANDAR SERI BEGAWAN: Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan setiap lapisan masyarakat akan mendapat manfaat menerusi Bajet 2023 yang akan dibentang semula 24 Februari ini.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata, pentadbirannya tidak akan meminggirkan mana-mana kumpulan masyarakat dan masih memperinci bajet tersebut.

“Belum siap lagi (Bajet 2023). Inilah masalahnya. Sarawak minta (peruntukan), Sabah pun minta (peruntukan).

“Di bawah (pentadbiran) saya, (M40) tidak dipinggirkan. B40 penting tetapi M40 juga kita akan berikan perhatian,” katanya dalam sidang akhbar di akhir lawatan rasmi dua hari ke Brunei, semalam (25 Januari).

Hadir sama Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Openg; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Sebelum ini, ada rungutan dalam kalangan M40 yang berasa sering dipinggirkan kerajaan berban­ding kelompok B40 setiap kali bajet dibentang sedangkan mereka adalah antara pe­nyumbang terbesar kepada kewangan kerajaan.

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata, Bajet 2023 yang bakal dibentang semula bulan depan, tidak akan terikat de­ngan apa yang dibentang oleh kerajaan terdahulu pada Oktober tahun lalu.

Bagaimanapun, katanya, ca­dangan yang dibuat dalam pelan belanjawan terdahulu tetap diambil kira dalam perangkaan Bajet 2023 yang baharu ini.

Bajet 2023 akan dibentang semula di Dewan Rakyat pada 24 Februari ini, susulan perubahan tampuk pentadbiran kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November tahun lalu.

Bajet 2023 asalnya dibentangkan Menteri Kewangan terdahulu, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz pada 7 Oktober 2022.

Ia susulan Rang Undang-Undang (RUU) Kumpulan Wang Disatukan 2023 itu tidak sempat diluluskan Dewan Rakyat apabila Parlimen dibubarkan pada 10 Oktober 2022.

Tengku Zafrul sebelum ini membentangkan bajet tahunan tersebut dengan peruntukan bagi tahun ini diunjurkan sebanyak RM373.3 bilion iaitu pa­ling besar dalam sejarah.

Walau bagaimanapun, ia ti­dak mengambil kira pertumbu­han Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga yang mencatatkan angka terbaik dan mencecah 14.2 peratus.

Anwar yang mengetuai Kerajaan Perpaduan sudah membentangkan Bajet Mini 2023 pada 20 Disember lalu untuk perbelanjaan perkhidmatan berjumlah RM107.7 bilion.

Dewan Rakyat akan bersidang semula pada 13 Februari ini selama 29 hari, bermula dengan titah ucapan diraja mesyuarat pertama oleh Yang di-Pertuan Agong. – UTUSAN

Sumber: Utusan Malaysia

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *