Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan untuk membentangkan semula Rang Undang-Undang Kawalan Produk Tembakau dan Merokok 2022 dalam masa terdekat supaya penguatkuasaannya dapat dimulakan, tahun depan.
Kuota haji jemaah Malaysia dijangka bertambah daripada jumlah yang sudah diberikan oleh kerajaan Arab Saudi pada ketika ini.
Seorang lelaki Islam mendakwa sebuah syarikat penerbangan di Amerika Syarikat (AS) melakukan diskriminasi selepas tidak membenarkan dia menukar syif untuk solat Jumaat, lapor Middle East Eye.
Pendidikan Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dicadang dimasukkan dalam sistem pendidikan arus perdana berikutan sudah 34 tahun ia dilaksanakan sebagai program tambahan Pendidikan Islam.
Penggunaan kamera badan dicadang diperluas kepada agensi penguatkuasaan selain Polis Diraja Malaysia (PDRM) iaitu Jabatan Imigresen, Jabatan Penjara, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Agensi Antidadah Kebangsaan.
Malaysia memutuskan mengambil beberapa tindakan perundangan melalui proses mahkamah di Perancis bagi terus mempertahankan kedudukan dan pendirian negara dalam mencabar tuntutan 'kumpulan Sulu'.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mencadangkan Lembaga Tabung Haji (TH) mengkaji semula tempoh menunaikan haji ekoran peningkatan kos mengerjakan ibadah itu ketika ini.
Golongan usahawan belia desa sektor pertanian dan penternakan berharap lebih banyak bantuan dan inisiatif program dilaksanakan kerajaan menerusi Belanjawan 2023 yang akan dibentangkan pada Jumaat ini.
Lantikan tetap bagi menempatkan pegawai perubatan kontrak dalam 4,263 kekosongan jawatan dijangka selesai Julai ini, kata Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni.
Malaysia menduduki tempat ketiga senarai 10 negara teratas yang menjadi penyumbang utama pencemaran plastik di lautan akibat sisa yang salah diurus, lapor laman berita Thaiger semalam...