Connect with us

Antarabangsa

Derita dalam diam, 1.44 juta lelaki Indonesia akui alami gangguan mental

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Daripada jumlah tersebut, sekitar 26 peratus merupakan lelaki yang bekerja, dan mereka mengakui berdepan tekanan mental seperti depresi, keletihan melampau (burnout), malah krisis makna hidup.
  • Angka itu hanya merangkumi mereka yang berani bersuara tidak termasuk golongan yang memilih untuk berdiam diri.
  • Pakar kesihatan mental mengaitkan situasi ini dengan budaya “toxic masculinity” yang membuat lelaki merasa malu, malah takut, untuk tampil lemah atau meminta bantuan.

 

JAKARTA – Dalam masyarakat yang menjulang imej lelaki sebagai simbol kekuatan dan keteguhan emosi, kenyataan baharu yang didedahkan oleh Survei Sosial Ekonomi Nasional (Susenas) 2022 membuka mata banyak pihak apabila seramai 1.44 juta lelaki Indonesia mengaku mengalami gangguan kesihatan mental.

Daripada jumlah tersebut, sekitar 26 peratus merupakan lelaki yang bekerja, dan mereka mengakui berdepan tekanan mental seperti depresi, keletihan melampau (burnout), malah krisis makna hidup.

Angka itu hanya merangkumi mereka yang berani bersuara tidak termasuk golongan yang memilih untuk berdiam diri.

Fenomena ini bukan sekadar soal peribadi, tetapi mencerminkan masalah sistemik dalam budaya masyarakat yang masih terikat dengan naratif “lelaki sejati tidak boleh lemah”.

Dari kecil, ramai lelaki dididik untuk menahan air mata, mengekang emosi, dan menjadikan diam sebagai bentuk kekuatan.

Pakar kesihatan mental mengaitkan situasi ini dengan budaya “toxic masculinity” yang membuat lelaki merasa malu, malah takut, untuk tampil lemah atau meminta bantuan.

Akibatnya, mereka lebih cenderung untuk memendam tekanan, yang lama-kelamaan boleh membawa kepada krisis kesihatan mental yang lebih serius.

Lebih memburukkan keadaan, stigma sosial terhadap kesihatan mental masih menebal.

Ramai yang bimbang dilabel ‘gila’, ‘lemah’, atau ‘aneh’ hanya kerana mengaku sedang bergelut dengan emosi dan fikiran sendiri. -The Merdeka Times

Author