Connect with us

Antarabangsa

Trump putus hubungan dengan Netanyahu kerana dakwaan dimanipulasi – Laporan

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kiri) & Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump (kanan)
  • Wartawan Radio Tentera Israel, Yanir Cozin, mendedahkan dalam satu kenyataan di platform X bahawa keputusan tersebut dibuat selepas beberapa individu terdekat Trump menyampaikan mesej kepada Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Ron Dermer, bahawa Trump merasakan dirinya telah dimanipulasi oleh Netanyahu.
  • “Tiada perkara yang lebih dibenci oleh Trump selain daripada dilihat sebagai seorang yang mudah dipermainkan atau kelihatan seperti orang bodoh. Disebabkan itulah beliau mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Netanyahu.” – Pegawai Israel
  • Wartawan Radio Tentera Israel, Yanir Cozin turut menyatakan bahawa kegagalan kerajaan Israel dalam mengemukakan pelan yang jelas dan garis masa khusus berkaitan isu Iran serta pemberontak Houthi di Yaman telah menyumbang kepada ketegangan dalam hubungan dua hala antara Washington dan Tel Aviv.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dilapor telah memutuskan hubungan secara langsung dengan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, berikutan dakwaan bahawa Netanyahu telah memanipulasinya, menurut satu laporan media Israel.

Wartawan Radio Tentera Israel, Yanir Cozin, mendedahkan dalam satu kenyataan di platform X bahawa keputusan tersebut dibuat selepas beberapa individu terdekat Trump menyampaikan mesej kepada Menteri Hal Ehwal Strategik Israel, Ron Dermer, bahawa Trump merasakan dirinya telah dimanipulasi oleh Netanyahu.

Menurut seorang pegawai Israel yang enggan dinamakan, nada percakapan Dermer dalam pertemuan terbaharu bersama tokoh-tokoh kanan Republikan dilihat sebagai angkuh dan tidak memberi manfaat kepada Trump.

“Orang-orang di sekeliling Trump memaklumkan bahawa Netanyahu sedang memanipulasinya,” kata pegawai berkenaan.

“Tiada perkara yang lebih dibenci oleh Trump selain daripada dilihat sebagai seorang yang mudah dipermainkan atau kelihatan seperti orang bodoh. Disebabkan itulah beliau mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan dengan Netanyahu,” tambahnya.

Cozin turut menyatakan bahawa kegagalan kerajaan Israel dalam mengemukakan pelan yang jelas dan garis masa khusus berkaitan isu Iran serta pemberontak Houthi di Yaman telah menyumbang kepada ketegangan dalam hubungan dua hala antara Washington dan Tel Aviv.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan Netanyahu masih belum membentangkan sebarang cadangan konkrit berkaitan situasi di Gaza, sekali gus menambahkan lagi kerenggangan dalam hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sekutu itu. -The Merdeka Times

Author