Connect with us

Antarabangsa

Sami Buddha dicekup seleweng dana kuil lebih AS$9 juta

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Penyiasat dari Biro Siasatan Pusat (CIB) mendakwa Ketua Sami, Phra, Thammachiranuwat daripada kuil Wat Rai Khing memindahkan lebih daripada 300 juta baht (AS$9.05 juta) dari akaun bank kuil ke dalam akaun peribadinya.
  • Penyiasat telah mengesan aliran wang dari kuil di pinggir barat Bangkok ke rangkaian perjudian dalam talian haram yang menjalankan permainan kad baccarat, lapor media tempatan.
  • Kuil-kuil di Thailand yang majoritinya penganut Buddha sangat bergantung kepada pendapatan daripada upacara “membuat kebajikan” di mana para penganut membuat derma dengan harapan kononnya memperoleh tuah dan kelahiran semula yang lebih baik.

BANGKOK – Polis Thailand telah menahan seorang sami Buddha atas dakwaan menyeleweng lebih daripada AS$9 juta daripada sebuah kuil terkenal yang diuruskan olehnya, yang dibiayai melalui derma penganut Buddha.

Penyiasat dari Biro Siasatan Pusat (CIB) menuduh Ketua Sami Phra Thammachiranuwat dari Wat Rai Khing memindahkan lebih daripada 300 juta baht (AS$9.05 juta) dari akaun bank kuil ke dalam akaun peribadinya.

Penyiasat telah mengesan aliran wang dari kuil di pinggir barat Bangkok ke rangkaian perjudian dalam talian haram yang menjalankan permainan kad baccarat, lapor media tempatan.

Kuil-kuil di Thailand yang majoritinya penganut Buddha sangat bergantung kepada pendapatan daripada upacara “membuat kebajikan” di mana para penganut membuat derma dengan harapan kononnya memperoleh tuah dan kelahiran semula yang lebih baik.

Polis telah mendakwa Phra Thammachiranuwat atas tuduhan rasuah dan salah guna kuasa, kata Timbalan Pesuruhjaya CIB, Jaroonkiat Pankaew kepada pemberita dalam satu sidang media yang dilaporkan Channel News Asia.

Pihak berkuasa juga telah menahan seorang lagi suspek dan sedang menyiasat sama ada terdapat individu lain yang terlibat, sementara media tempatan melaporkan bahawa ketua sami tersebut kini telah meninggalkan kehidupan sebagai sami. – The Merdeka Times

 

Author