Connect with us

Antarabangsa

Macron kecam Netanyahu: Sekat bantuan Gaza tindakan memalukan!

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Presiden Perancis, Emmanuel Macron (kanan) & Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • “Apa yang dilakukan oleh kerajaan Benjamin Netanyahu adalah tidak boleh diterima. Tiada air, tiada ubat, mangsa yang cedera tidak boleh keluar, dan doktor tidak dapat masuk.
  • “Apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang memalukan,” kata Macron dalam satu temu bual bersama saluran TF1.
  • Macron menegaskan bahawa beliau sendiri pernah melawat sempadan antara Mesir dan Gaza pada awal tahun ini dan menyaksikan secara langsung bagaimana bantuan daripada Perancis dan negara lain disekat oleh pihak Israel.
  • Sebagai reaksi balas, Netanyahu pada Rabu menuduh Macron menyokong organisasi pengganas Islam.

Presiden Perancis, Emmanuel Macron mengkritik keras tindakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang disifatkannya sebagai “tidak boleh diterima” dan “memalukan” kerana menyekat bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin di Gaza.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan Benjamin Netanyahu adalah tidak boleh diterima. Tiada air, tiada ubat, mangsa yang cedera tidak boleh keluar, dan doktor tidak dapat masuk.

“Apa yang dilakukannya adalah sesuatu yang memalukan,” kata Macron dalam satu temu bual bersama saluran TF1.

Macron menegaskan bahawa beliau sendiri pernah melawat sempadan antara Mesir dan Gaza pada awal tahun ini dan menyaksikan secara langsung bagaimana bantuan daripada Perancis dan negara lain disekat oleh pihak Israel.

“Krisis kemanusiaan ini adalah satu tragedi yang tidak boleh diterima,” katanya.

Menurut data dari Kementerian Kesihatan Gaza, sekurang-kurangnya 52,908 orang, kebanyakannya orang awam, telah terbunuh akibat serangan balas Israel sejak insiden serangan pada 7 Oktober lalu.

Macron turut menyatakan bahawa beliau telah menyuarakan kemarahan terhadap Netanyahu dalam perbualan mereka sebelum ini.

“Saya telah bercakap tegas dengan Perdana Menteri Netanyahu. Saya marah, tetapi mereka (Israel) tidak bergantung kepada kita, mereka bergantung kepada senjata Amerika,” tambahnya.

Beliau menambah bahawa Amerika Syarikat, khususnya Presiden Donald Trump, memegang kuasa penting dalam isu ini.

Sebagai reaksi balas, Netanyahu pada Rabu menuduh Macron menyokong organisasi pengganas Islam.

Kenyataan dari pejabat Netanyahu menyifatkan Macron sebagai menyebarkan propaganda yang keji dan membuat tuduhan palsu terhadap Israel.

“Macron sekali lagi memilih untuk berpihak kepada organisasi pengganas Islam yang membunuh dan mengulangi propaganda jijiknya, menuduh Israel dengan fitnah darah,” menurut kenyataan tersebut. -The Merdeka Times

Author