- Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, kira-kira 8.30 pagi ini.
- Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata kemalangan itu membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan trak FRU yang membawa 15 anggota, termasuk pemandu.
- “Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
KUALA LUMPUR — Lapan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, kira-kira 8.30 pagi ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata kemalangan itu membabitkan sebuah lori membawa muatan batu dan trak FRU yang membawa 15 anggota, termasuk pemandu.
“Setakat ini saya boleh mengesahkan bahawa lapan orang meninggal dunia dan operasi menyelamat masih dijalankan.
“Beberapa mangsa yang berjaya dikeluarkan dari kenderaan telah dihantar ke Hospital Teluk Intan, namun operasi masih diteruskan,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.
Menurut laporan Astro Awani, difahamkan kesemua mereka dalam perjalanan balik ke Ipoh selepas tugasan kawalan perarakan sempena sambutan Hari Wesak semalam. — The Merdeka Times