Connect with us

Antarabangsa

Haramkan Ikhwanul Muslimin, Jordan sedia korbankan prinsip demi kelangsungan politik – Penganalisis

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Raja Jordan, Raja Abdullah
  • Menurut analisis Middle East Eye, tindakan terhadap Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai satu tindakan tunduk kepada tekanan antarabangsa, khususnya daripada Amerika Syarikat dan Israel.
  • Ia juga menghantar mesej kepada Tel Aviv bahawa kerajaan Jordan bersedia untuk mengorbankan prinsip demi kelangsungan politik.
  • Dengan pengharaman Ikhwanul Muslimin, kerajaan Jordan bukan sahaja mengetepikan peranan penting tersebut, tetapi juga memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap sistem politik negara yang semakin bersifast kuku besi.
  • Penganalisis memberi amaran bahawa tindakan ini boleh mencetus ketidakstabilan dalam jangka panjang dan mendorong lebih banyak radikalisasi, khususnya dalam kalangan belia.

AMMAN – Kerajaan Jordan dilihat sedang menempuh laluan berbahaya apabila mengambil tindakan mengharamkan Ikhwanul Muslimin — gerakan Islam yang paling berpengaruh di dunia Arab — dalam usaha yang dipercayai bertujuan memuaskan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, serta mengukuhkan hubungan dengan Israel.

Langkah drastik ini bukan sahaja menimbulkan kebimbangan terhadap kebebasan bersuara dan kepelbagaian politik dalam negara, malah ia turut memberi kesan langsung kepada isu Palestin dan kedudukan geopolitik Jordan dalam dunia Arab dan Islam.

Menurut analisis Middle East Eye, tindakan terhadap Ikhwanul Muslimin dilihat sebagai satu tindakan tunduk kepada tekanan antarabangsa, khususnya daripada Amerika Syarikat dan Israel.

Ia juga menghantar mesej kepada Tel Aviv bahawa kerajaan Jordan bersedia untuk mengorbankan prinsip demi kelangsungan politik.

Penganalisis politik menyifatkan langkah ini membuka jalan kepada rejim Netanyahu untuk meneruskan projek penaklukan di Tebing Barat tanpa tentangan tegas dari Jordan – negara yang sebelum ini lantang membela rakyat Palestin.

Gerakan Islamis seperti Ikhwanul Muslimin telah lama menjadi sasaran retorik anti-terorisme Barat, namun di Jordan, mereka berperanan sebagai pembangkang politik sah melalui Parti Barisan Aksi Islam (IAF), serta memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat.

Dengan pengharaman ini, kerajaan Jordan bukan sahaja mengetepikan peranan penting tersebut, tetapi juga memburukkan lagi persepsi rakyat terhadap sistem politik negara yang semakin bersifat kuku besi.

Penganalisis memberi amaran bahawa tindakan ini boleh mencetus ketidakstabilan dalam jangka panjang dan mendorong lebih banyak radikalisasi, khususnya dalam kalangan belia.

Jordan, yang menempatkan ramai penduduk keturunan Palestin, selama ini menjadi antara suara utama dalam mempertahankan hak Palestin di peringkat antarabangsa. Namun tindakan menindas salah satu gerakan paling vokal menentang penjajahan Zionis mencemarkan imej Jordan sebagai pembela Palestin.

Langkah ini juga memberi ruang kepada Israel untuk terus melaksanakan polisi pengilhakan di Tebing Barat tanpa halangan diplomatik yang signifikan, menjadikan Jordan seolah-olah telah “dijinakkan” dalam isu penting tersebut.

Pemerhati politik menyifatkan tindakan ini sebagai langkah panik Jordan dalam menghadapi tekanan ekonomi dan geopolitik. Dalam usaha memastikan kelangsungan institusi diraja dan kestabilan jangka pendek, kerajaan sanggup menindas musuh politik domestik serta merisikokan kedudukan strategiknya dalam dunia Islam.

“Dengan membungkam suara Ikhwanul Muslimin, kerajaan Hashemite bukan sahaja kehilangan sokongan daripada rakyatnya sendiri, tetapi juga kredibiliti dalam mempertahankan Palestin,” kata seorang penganalisis Timur Tengah dari Beirut.

Pengharaman Ikhwanul Muslimin bukan sekadar isu politik dalaman. Ia adalah refleksi kepada arah baru Jordan dalam geopolitik Timur Tengah yang lebih mesra Zionis dan terpisah daripada solidariti Arab-Islam.

Dalam cubaan menjadi sekutu yang ‘baik’ kepada kuasa Barat, Jordan mungkin telah membuka pintu kepada ketidakstabilan dalaman dan kehilangan pengaruh serantau — satu harga yang amat mahal untuk dibayar.  – The Merdeka Times

Author