Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) Penganut Hindu serbu acara Easter, dakwa ada acara tukar agama

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Sekumpulan penganut Hindu menyerbu satu perhimpunan Easter di sebuah dewan persendirian di bandar Ahmedabad,  India

AHMADEBAD –  Sekumpulan penganut Hindu menyerbu satu perhimpunan Easter di sebuah dewan persendirian di bandar Ahmedabad,  India kerana mendakwa ada kegiatan penukaran agama sedang berlaku di situ.

Sebuah video yang tersebar di media sosial dan dilaporkan India Express menunjukkan beberapa pekerja di dewan tersebut memegang kayu dan melaungkan slogan ‘Jai Shree Ram’.

Inspektor P N Zinzuvadia dari balai polis Odhav berkata kejadian berlaku pada waktu pagi di kawasan Odhav apabila kira-kira 100 orang dari komuniti Kristian sedang menghadiri acara Easter.

Zinzuvadia berkata pekerja yang juga anggota Bajrang Dal dan Vishva Hindu Parishad menyerbu dewan dan bertanya kepada peserta acara Easter itu berapa ramai antara mereka yang beragama Hindu.

Katanya, Darshan Joshi, seorang ahli tempatan Bajrang Dal, telah mengemukakan permohonan supaya siasatan dijalankan berkenaan penukaran agama”, walaupun mereka sendiri tidak menemui sebarang bukti mengenai perkara itu ketika acara berlangsung.

Emanuel Amaydas yang mewakili penganut Kristian yang menyerai acara itu telah membuat aduan terhadap 10 hingga 15 orang pemuda yang tidak dikenali kerana menyerbu masuk ke dalam dewan.

Pihak polis memberitahu mereka kini menjalankan siasatan terhadap aduan-aduan tersebut dan tindakan yang sewajarnya akan diambil selepas siasatan selesai. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *