Connect with us

Terkini

Tiada perubahan syarat visa ke Amerika Syarikat bagi rakyat Malaysia – Wisma Putra

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Dalam satu kenyataan, kementerian Luar yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa meskipun terdapat laporan baru-baru ini mengenai perkembangan berkaitan imigresen di Amerika Syarikat, ia bukanlah ditujukan khusus kepada rakyat Malaysia.
  • “Namun begitu, rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat atau yang merancang untuk ke negara itu dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai dasar kemasukan, visa dan imigresen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu.

PUTRAJAYA – Tiada perubahan terhadap syarat visa atau dasar imigresen yang secara khusus memberi kesan kepada warganegara Malaysia yang melancong atau menetap di Amerika Syarikat, menurut Kementerian Luar.

Dalam satu kenyataan, kementerian itu yang juga dikenali sebagai Wisma Putra memaklumkan bahawa meskipun terdapat laporan baru-baru ini mengenai perkembangan berkaitan imigresen di Amerika Syarikat, ia bukanlah ditujukan khusus kepada rakyat Malaysia.

“Namun begitu, rakyat Malaysia yang berada di Amerika Syarikat atau yang merancang untuk ke negara itu dinasihatkan supaya sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai dasar kemasukan, visa dan imigresen yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat,” menurut kenyataan itu.

Wisma Putra berkata ia akan terus memantau rapi keadaan dan akan memaklumkan sebarang perubahan yang memberi kesan kepada rakyat Malaysia sekiranya ada.

“Semua pengembara disarankan merujuk kepada sumber rasmi bagi mendapatkan maklumat yang sahih dan mengambil langkah berhati-hati dalam merancang perjalanan atau tinggal di luar negara.

“Rakyat Malaysia di Amerika Syarikat juga diingatkan supaya mematuhi undang-undang tempatan, peraturan imigresen serta syarat visa masing-masing yang dikuatkuasakan secara ketat,” menurut kenyataan itu lagi.

Rakyat Malaysia yang mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan konsul digalakkan menghubungi perwakilan diplomatik Malaysia terdekat di Amerika Syarikat.

Kedutaan Besar Malaysia di Washington, D.C. di alamat 3516 International Ct NW, Washington, DC 20008, dan boleh dihubungi menerusi talian +1 (202) 375 4396 atau e-mel [email protected] / [email protected].

Warga Malaysia juga boleh menghubungi Konsulat Jeneral Malaysia di New York, yang beralamat di 313 East 43rd Street, New York, NY 10017. Nombor telefon: +1 (212) 490 2723, e-mel: [email protected].

Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles pula di alamat 777 South Figueroa Street, Suite 600, Los Angeles, California, dan boleh dihubungi melalui talian +1 (213) 892 1238 atau e-mel [email protected]. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *